awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada virus Serotip baharu Denggi - TKP Kesihatan

Bernama
Bernama
18/01/2016
04:15 MYT
Tiada virus Serotip baharu Denggi - TKP Kesihatan
Tiada virus serotip baharu bagi demam denggi ditemui dan kemungkinan wujudnya serotip baharu Den 5 yang dilaporkan media masih belum disahkan secara saintifik.
Tiada virus serotip baharu bagi demam denggi ditemui dan kemungkinan wujudnya serotip baharu Den 5 yang dilaporkan media masih belum disahkan secara saintifik.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengesahkan varian/strain/serotip berkenaan dan kesan kesihatan awam serta klinikalnya.
"Jika kita boleh menguruskan dan memusnahkan kawasan pembiakan nyamuk aedes, kita mampu menangani masalah denggi, tidak kira apa pun jenis virus serotip yang datang," kata Dr Lokman Hakim dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya dari segi perubatan, tiada ubat khusus yang boleh digunakan untuk membunuh virus denggi yang ada sekarang.
Oleh itu, rawatan bagi varian/strain/serotip baharu itu bukan satu isu kerana asas sedia ada terus kekal dalam menguruskan pesakit denggi, kata Dr Lokman Hakim.
"Walaupun kemungkinan virus itu untuk merebak (daripada monyet kepada manusia) tetap ada, ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi denggi dan banyak lagi 'flavivirus' (seperti virus demam kuning) sejak wujudnya kitaran 'sylvatic'.
"Bagi kawalan kesihatan awam, pendekatannya sama. Oleh kerana ia berkongsi vektor nyamuk yang sama, asas kawalan denggi diguna pakai dalam mengurangkan puncanya," katanya.
Dr Lokman Hakim berkata bagi pesakit individu, diagnosis daripada makmal semasa di hospital yang digunakan di seluruh dunia akan dapat mengesannya.
Ini disebabkan antibodi ketika ini boleh digunakan untuk pemeriksaan berikutan antibodi yang dihasilkan ketika menghidap denggi sering menunjukkan ada sedikit tindak balas silang antara semua virus serotip denggi, katanya.
Pendekatan diagnostik molekul boleh digunakan di mana flavivirus primer tertentu digunakan untuk memilih virus serotip berkenaan dan seterusnya menentukan identitinya, kata Dr Lokman Hakim.
Topic Berkaitan
#Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman
#demam denggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan