RAMADAN, bulan suci yang dinanti-nantikan dan menjadi kebahagiaan bagi umat Islam.

Ia menawarkan limpahan ganjaran pahala dan merupakan waktu terbaik untuk mendidik diri ke arah kebaikan di samping memohon keampunan Allah SWT yang bertebaran memenuhi setiap ruang dan waktu.

Antara cara meraih keuntungan besar di bulan mulia ini adalah dengan memperbanyakkan amal ibadah seperti solat sunat Tarawih, membaca al-Quran, berzikir dan bersedekah atau menderma kepada mana-mana anggota masyarakat yang berhajat serta memerlukan bantuan agar dapat meringankan beban.

Menyedari perkara itu, susu Goodday dengan kerjasama ERA dan GEGAR meneruskan lagi inisiatif Ramadan tahun ini dengan mewujudkan platform menggalakkan orang ramai menderma pelbagai bentuk bantuan mengikut kemampuan masing-masing menerusi kempen ‘Goodday Berkat Sepakat’.

Kempen berkenaan membuktikan sumbangan boleh disalur melalui barangan, masa, kemahiran serta tidak terhad kepada wang ringgit.

Susu Goodday percaya setiap sumbangan diberi mempunyai nilai dan impak yang besar kerana ‘Sekecil Usaha, Sebesar Makna’, seiring dengan konsep kempen susu Goodday.

Inisiatif ‘Tapak Berkat’ oleh susu Goodday bantu golongan kurang bernasib baik

Susu Goodday dengan kerjasama ERA dan GEGAR menjayakan kempen ‘Berkat Sepakat’. - Foto Susu Goodday

Kempen tersebut dilihat komited membantu golongan kurang bernasib baik dan mereka yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 sepanjang Ramadan ini di tiga lokasi terpilih meliputi Lembah Klang, Selatan dan Pantai Timur Malaysia.
Penyediaan ‘Tapak Berkat’ di lokasi-lokasi tersebut telah mengumpul dan menerima pelbagai bentuk bantuan seperti pakaian, makanan, barangan keperluan harian, pemeriksaan kesihatan termasuk membolehkan sesiapa sahaja untuk mendaftar diri menjadi sukarelawan untuk menyumbang masa dan tenaga.

Malah, uniknya dalam kempen ini, sukarelawan juga boleh menawarkan bantuan berbentuk kemahiran seperti memotong rambut, pembaikan kasut, menjahit dan lain-lain yang mampu mendatangkan kebaikan kepada golongan kurang berkemampuan.

Raih berkat Ramadan, rezeki dikongsi bersama

Jelas sekali menerusi kempen ‘Berkat Sepakat’, ia telah membuka peluang kepada orang ramai untuk turut serta tanpa mengira latar belakang, untuk bersama-sama membantu dan melakukan amal kebajikan berdasarkan kemampuan masing-masing.

Kempen yang dijalankan di tiga lokasi terpilih itu turut mendapat sambutan orang ramai apabila merekodkan penyertaan menggalakkan dengan lebih 1,000 orang telah menyertai dan singgah di ‘Tapak Berkat’, di samping memperoleh pelbagai manfaat.

Ia termasuk pengedaran barangan runcit dan harian, pemeriksaan kesihatan percuma, memotong rambut dan sebagainya.

Di samping itu, ia juga dilihat memberi sinar baharu buat mereka yang kurang berkemampuan menyambut Ramadan dengan lebih baik dan meraikan Syawal yang bakal menjelang dengan senyuman kegembiraan.

Sebagai jenama yang sentiasa mengutamakan kebajikan masyarakat dan pengguna, susu Goodday sentiasa komited menganjurkan kempen untuk berkongsi makna kebaikan kepada kehidupan pengguna dan masyarakat, lebih-lebih lagi pada masa yang tidak menentu ini.

Susu Goodday mahu memberikan kepercayaan serta persepsi positif yang bersifat sejagat untuk menjadikan dunia lebih baik melalui slogan “Give good, Get Good”.

Pada Ramadan tahun lalu, susu Goodday turut menyantuni orang kurang bernasib baik meliputi golongan asnaf, warga emas dan anak yatim menerusi kempen 'Goodday Sebarkan Kebaikan'.

Susu Goodday akan terus membawa lebih banyak kebaikan kepada rakyat Malaysia dan komuniti setempat sama ada melalui inisiatif amal atau kempen interaktif.

Susu Goodday | Membolehkan orang ramai derma ikut kemampuan diri