awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada yang terlepas jika terlibat salah tadbiran di Sarawak - Abang Johari

Bernama
Bernama
24/11/2023
12:01 MYT
Tiada yang terlepas jika terlibat salah tadbiran di Sarawak - Abang Johari
Abang Johari berkata ini termasuk menteri dan timbalan menteri yang didapati memberi arahan dan mendorong penjawat awam Sarawak untuk melakukan salah tadbiran. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi jaminan mana-mana menteri dan timbalan menteri Sarawak yang terbukti terlibat dalam salah tadbiran tidak terlepas daripada tindakan undang-undang negara meskipun mereka dikecualikan di bawah Rang Undang-undang Ombudsman negeri ini.
Beliau berkata ini termasuk menteri dan timbalan menteri yang didapati memberi arahan dan mendorong penjawat awam Sarawak untuk melakukan salah tadbiran.
"Contohnya menteri dan timbalan menteri beri arahan (untuk salah tadbiran kepada penjawat awam negeri)...jika terdapat bukti yang sah, kita mempunyai undang-undang untuk menyiasat, jadi tiada yang dikecualikan dalam hal ini.
"Inilah kerajaan Sarawak, kita tidak takut kerana kita mahukan satu kerajaan yang bersih dan kita bukan sekadar cakap kosong," katanya ketika berucap pada Hari Integriti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di sini hari ini.
Beliau berkata penguatkuasaan undang-undang yang telah diluluskan itu perlu bagi meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap keberkesanan serta ketelusan pentadbiran kerajaan negeri Sarawak, sekali gus merancakkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan.
"Orang (pelabur) percaya dengan kita dan mereka boleh melabur dengan jumlah yang besar, itu adalah kunci jika kita mempunyai tahap keyakinan tinggi. Orang akan melabur, dan ekonomi kita akan mampam dan kita dapat sediakan peluang pekerjaan," katanya.
Pada Isnin, Dewan Undangan Negeri Sarawak dengan sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang Ombudsman Sarawak 2023 bagi membenarkan orang ramai melaporkan salah tadbiran oleh agensi perkhidmatan awam negeri, termasuk syarikat berkaitan kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#salah tadbiran
#memberi arahan
#penjawat awam
#cakap kosong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan