MALAYSIA
Tiang lampu jalan boleh cas EV, inovasi dari UMPSA
Lampu EVcas, sistem pengecas kenderaan elektrik (EV) yang diintegrasikan terus ke dalam tiang lampu jalan. -Foto UMPSA
KUALA LUMPUR: Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mencipta satu inovasi teknologi hijau yang menarik perhatian iaitu Lampu EVcas, sistem pengecas kenderaan elektrik (EV) yang diintegrasikan terus ke dalam tiang lampu jalan.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Projek futuristik ini dibangunkan oleh penyelidik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Automotif, UMPSA dan telah meraikan proof of concept pada Ogos 2024.
Asal Usul & Inspirasi
Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Automotif, UMPSA, Dr Wan Muhammad Noor Sarbani Mat Daud, idea EVcas lahir apabila menyedari kekurangan stesen pengecas awam untuk kenderaan elektrik di dalam negara.
Daripada situ, beliau dan rakan penyelidik merancang untuk mengubah suai tiang lampu jalan sedia ada agar berfungsi bukan sahaja sebagai lampu jalan, tetapi juga sebagai pengecas EV.
Reka Bentuk & Teknologi
Wan Muhammad Noor Sarbani berkata, Lampu EVcas dibina dengan menyatukan beberapa komponen penting ke dalam tiang lampu iaitu circuit breaker, magnetic switch, dan microcontroller OCPP diprogram untuk berfungsi bersama sistem pembayaran.
"Pengguna boleh imbas kod QR dan membuat bayaran sebelum memulakan sesi pengecasan. Versi asas EVcas dianggarkan berharga RM4,000, manakala versi lengkap dengan sistem pembayaran ialah sekitar RM6,000.
"Untuk perlindungan dan penggunaan awam, ciri akan datang termasuk anti-vandalisme dan anti-hogging.
“Kami ingin melihat Lampu EVcas dipasang di seluruh Malaysia, dari bandar hingga ke kampung. Ia bukan sahaja menjimatkan ruang, malah memanfaatkan infrastruktur sedia ada untuk mendukung agenda mobiliti hijau negara," katanya kepada Astro AWANI.
Beliau menambah ia bukan sahaja menjimatkan ruang, tetapi menggunakan infrastruktur lampu sedia ada sebagai sebahagian solusi pengecas EV yang lebih mesra alam.
Prestasi & Akses
Tiga unit pengecas EVcas telah dipasang di kampus UMPSA Pekan, tepat di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Automotif.
Keupayaan standard pengecas ialah 7 kW, tetapi boleh ditingkatkan sehingga 22 kW bergantung kepada keperluan lokasi.
Pembayaran untuk mengecas menggunakan EVcas dikelola melalui aplikasi EVlution, yang membolehkan pengguna membuat tempahan sehingga 15 minit sebelum tiba.
Impak & Potensi Luas
Menurut Wan Muhammad Noor Sarbani, inovasi EVcas membuka peluang besar kepada majlis perbandaran, pemaju perumahan serta operator parkir yang mahu menyediakan kemudahan pengecas EV tanpa kos pemasangan stesen khas yang tinggi.
"Lampu EVcas juga boleh menjadi pelengkap kepada dasar kerajaan memperluas penggunaan EV dalam usaha pengurangan karbon negara.
"Kerjasama projek ini dijalinkan dengan EV Plus Mobility Sdn Bhd, yang menyumbang dari segi komersialisasi melalui sistem pembayaran dan integrasi aplikasi," katanya.
Pengiktirafan & Anugerah
Inovasi ini telah memenangi pingat emas di CITREX 2024 & 2025 dan di ITEX 2025. Selain itu, projek ini turut menerima Special Award daripada Universiti Jeddah dan Best Pitching Award di World Trade Centre Kuala Lumpur dalam program inovasi & perniagaan.
Pandangan Masa Depan
Bagi penyelidik UMPSA itu, EVcas bukan hanya prototaip tetapi satu visyen untuk masa depan: stesen pengecas EV yang mesra ruang, mesra alam dan mudah diakses.
Wan Muhammad Noor Sarbani turut berharap lebih banyak majlis perbandaran, pengurusan hotel, masjid dan institusi awam lain akan bekerjasama untuk memasang lampu EVcas di kawasan masing-masing.
“Dengan EVcas, kita bukan sekadar menyediakan pengecas. Ia adalah langkah ke arah Malaysia yang lebih hijau, lestari dan bersedia menyambut era kenderaan elektrik.
"Jika inovasi ini diterima secara meluas, Malaysia mungkin akan menyaksikan perubahan besar dalam infrastruktur EV di mana tiang lampu jalan yang kita lihat setiap hari juga menjadi nadi kuasa untuk kenderaan elektrik generasi akan datang," katanya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Lampu EVcas dicipta oleh Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sebagai inovasi teknologi hijau yang mengintegrasikan sistem pengecas kenderaan elektrik ke dalam tiang lampu jalan.
- Idea Lampu EVcas berpunca daripada kekurangan stesen pengecas awam untuk kenderaan elektrik di negara ini, di mana pengguna boleh bayar sebelum mengecas dengan imbas kod QR.
- Lampu EVcas yang dipasang di kampus UMPSA Pekan menawarkan keupayaan pengecas 7 kW, boleh ditingkatkan hingga 22 kW, dan diurus melalui aplikasi EVlution yang membolehkan tempahan sehingga 15 minit sebelum tiba.
Projek futuristik ini dibangunkan oleh penyelidik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Automotif, UMPSA dan telah meraikan proof of concept pada Ogos 2024.
Asal Usul & Inspirasi
Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Automotif, UMPSA, Dr Wan Muhammad Noor Sarbani Mat Daud, idea EVcas lahir apabila menyedari kekurangan stesen pengecas awam untuk kenderaan elektrik di dalam negara.
Daripada situ, beliau dan rakan penyelidik merancang untuk mengubah suai tiang lampu jalan sedia ada agar berfungsi bukan sahaja sebagai lampu jalan, tetapi juga sebagai pengecas EV.
Reka Bentuk & Teknologi
Wan Muhammad Noor Sarbani berkata, Lampu EVcas dibina dengan menyatukan beberapa komponen penting ke dalam tiang lampu iaitu circuit breaker, magnetic switch, dan microcontroller OCPP diprogram untuk berfungsi bersama sistem pembayaran.
"Pengguna boleh imbas kod QR dan membuat bayaran sebelum memulakan sesi pengecasan. Versi asas EVcas dianggarkan berharga RM4,000, manakala versi lengkap dengan sistem pembayaran ialah sekitar RM6,000.
"Untuk perlindungan dan penggunaan awam, ciri akan datang termasuk anti-vandalisme dan anti-hogging.
“Kami ingin melihat Lampu EVcas dipasang di seluruh Malaysia, dari bandar hingga ke kampung. Ia bukan sahaja menjimatkan ruang, malah memanfaatkan infrastruktur sedia ada untuk mendukung agenda mobiliti hijau negara," katanya kepada Astro AWANI.
Beliau menambah ia bukan sahaja menjimatkan ruang, tetapi menggunakan infrastruktur lampu sedia ada sebagai sebahagian solusi pengecas EV yang lebih mesra alam.
Prestasi & Akses
Tiga unit pengecas EVcas telah dipasang di kampus UMPSA Pekan, tepat di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Automotif.
Keupayaan standard pengecas ialah 7 kW, tetapi boleh ditingkatkan sehingga 22 kW bergantung kepada keperluan lokasi.
Pembayaran untuk mengecas menggunakan EVcas dikelola melalui aplikasi EVlution, yang membolehkan pengguna membuat tempahan sehingga 15 minit sebelum tiba.
Impak & Potensi Luas
Menurut Wan Muhammad Noor Sarbani, inovasi EVcas membuka peluang besar kepada majlis perbandaran, pemaju perumahan serta operator parkir yang mahu menyediakan kemudahan pengecas EV tanpa kos pemasangan stesen khas yang tinggi.
"Lampu EVcas juga boleh menjadi pelengkap kepada dasar kerajaan memperluas penggunaan EV dalam usaha pengurangan karbon negara.
"Kerjasama projek ini dijalinkan dengan EV Plus Mobility Sdn Bhd, yang menyumbang dari segi komersialisasi melalui sistem pembayaran dan integrasi aplikasi," katanya.
Pengiktirafan & Anugerah
Inovasi ini telah memenangi pingat emas di CITREX 2024 & 2025 dan di ITEX 2025. Selain itu, projek ini turut menerima Special Award daripada Universiti Jeddah dan Best Pitching Award di World Trade Centre Kuala Lumpur dalam program inovasi & perniagaan.
Pandangan Masa Depan
Bagi penyelidik UMPSA itu, EVcas bukan hanya prototaip tetapi satu visyen untuk masa depan: stesen pengecas EV yang mesra ruang, mesra alam dan mudah diakses.
Wan Muhammad Noor Sarbani turut berharap lebih banyak majlis perbandaran, pengurusan hotel, masjid dan institusi awam lain akan bekerjasama untuk memasang lampu EVcas di kawasan masing-masing.
“Dengan EVcas, kita bukan sekadar menyediakan pengecas. Ia adalah langkah ke arah Malaysia yang lebih hijau, lestari dan bersedia menyambut era kenderaan elektrik.
"Jika inovasi ini diterima secara meluas, Malaysia mungkin akan menyaksikan perubahan besar dalam infrastruktur EV di mana tiang lampu jalan yang kita lihat setiap hari juga menjadi nadi kuasa untuk kenderaan elektrik generasi akan datang," katanya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah inovasi teknologi hijau yang dicipta oleh Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)?
A: Lampu EVcas, sistem pengecas kenderaan elektrik yang diintegrasikan terus ke dalam tiang lampu jalan. - Q: Apa yang menjadi inspirasi bagi penciptaan Lampu EVcas oleh penyelidik dari UMPSA?
A: Idea EVcas lahir apabila menyedari kekurangan stesen pengecas awam untuk kenderaan elektrik di dalam negara. - Q: Bagaimana cara pengguna menggunakan Lampu EVcas untuk mengecas kenderaan elektrik?
A: Pengguna boleh imbas kod QR dan membuat bayaran sebelum memulakan sesi pengecasan melalui Lampu EVcas. - Q: Berapakah harga anggaran untuk versi asas dan versi lengkap Lampu EVcas?
A: Versi asas EVcas dianggarkan berharga RM 4,000 manakala versi lengkap dengan sistem pembayaran ialah sekitar RM 6,000. - Q: Apakah impak Lampu EVcas terhadap usaha pengurangan karbon negara?
A: Lampu EVcas boleh menjadi pelengkap kepada dasar kerajaan memperluas penggunaan EV dalam usaha pengurangan karbon negara.
#EV
#UMPSA
#sistem pengecas kenderaan elektrik
#lampu jalan
#Festival Ideas Putrajaya
#Kementerian Pendidikan Tinggi