awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiba masanya dunia Arab-Islam, masyarakat antarabangsa bangkit henti keganasan Zionis - Anwar

Bernama
Bernama
14/09/2025
12:53 MYT
Tiba masanya dunia Arab-Islam, masyarakat antarabangsa bangkit henti keganasan Zionis - Anwar
Anwar yang berlepas ke Doha, Qatar untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam berkata serangan Israel ke atas Qatar jelas membuktikan bahawa kezaliman Zionis tidak terbatas. - Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiba masanya dunia Arab-Islam dan masyarakat antarabangsa bangkit bersatu mempertahankan maruah, menghentikan keganasan dan menjamin keselamatan sejagat.
Beliau yang berlepas ke Doha, Qatar untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam berkata serangan Israel ke atas Qatar jelas membuktikan bahawa kezaliman Zionis tidak terbatas.
"Ia bukan sahaja menindas rakyat Palestin sejak puluhan tahun, malah kini mengancam kedaulatan negara-negara Arab dan Islam seluruhnya. Jika Qatar boleh diserang, maka tiada negara yang benar-benar selamat daripada ancaman mereka.
"Serangan terhadap Qatar ini jelas membuktikan bahawa kezaliman Zionis tidak terbatas. Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan zalim ini," kata Perdana Menteri menerusi perkongsian di Facebook yang disertakan beberapa gambar ketika beliau berlepas ke Doha, malam ini.
Anwar akan menyampaikan Kenyataan Negara bagi menzahirkan solidariti Malaysia terhadap Qatar yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis.
Beliau menegaskan bahawa Malaysia tidak akan tunduk, tidak goyah dan berdiam diri selagi penindasan itu berterusan, serta akan tetap berdiri bersama rakyat Palestin yang dizalimi.
Terdahulu, pesawat khas yang membawa Perdana Menteri berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 malam.
Anwar menghadiri sidang kemuncak tergempar itu atas jemputan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani susulan serangan Israel terhadap negara itu pada 9 Sept lepas.
Serangan di kawasan Leqtaifiya yang melibatkan kira-kira 15 jet pejuang Zionis, mengorbankan enam orang termasuk anak kepada pemimpin kanan Hamas Khalil al-Hayya, pengarah pejabatnya serta seorang pegawai keselamatan Qatar, sementara pemimpin utama Hamas dilaporkan terselamat.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#dunia arab-islam
#keganasan zionis
#Palestin
#Gaza
#Israel
#Anwar Ibrahim
#Doha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan