awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak ada isu siapa taja lawatan polis - Muhyiddin

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
14/02/2019
11:37 MYT
Tidak ada isu siapa taja lawatan polis - Muhyiddin
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia termasuk agensi lain di bawah kementerannya. - Gambar fail/BERNAMA
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mempunyai sebarang isu dalam pembabitan mana-mana pihak yang membiayai polis untuk lawatan sambil belajar ke Turki.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia termasuk agensi lain di bawah kementerannya.
"Tidak ada masalah, memang menteri ada hak hendak putuskan untuk dapat kelulusan saya dan biasanya dalam kes sebegini, dinyatakan satu persatu peruntukan dan lain-lain perkara dan pihak menaja Lembaga Totalisator Malaysia.
"Itu datang dari mana-mana, itu soal lain saya fikir tidak ada kesalahan," katanya semasa sidang media selepas Majlis Pengumuman Calon PH untuk PRK Semenyih di sini, pada Khamis.
Ahad lalu, sebuah portal berita antarabangsa melaporkan beberapa pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Ketua Polis Negara pergi ke Turki.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kemudiannya mengesahkan lawatan sambil belajar Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bersama pegawai kanan polis ke Turki ditaja oleh syarikat nombor ramalan.
Jelasnya, kos perbelanjaan lawatan kerja itu tidak menggunakan peruntukan daripada Kementerian Kewangan.
Ujarnya walaupun lawatan itu ditaja oleh Lembaga Totalisator Malaysia iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan, sumber kewangan bagi tajaan itu bukan dari kementerian berkenaan.
Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, mengikut prosedur masa kini, selagi ia mendapat kelulusan Lembaga Pengarah Totalisator, sebarang tajaan tidak perlu dirujuk kepada Kementerian Kewangan untuk mendapat kelulusan.
Muhyiddin sebelum ini berkata, lawatan itu dibenarkan bagi mempelajari kaedah membanteras kegiatan judi dalam talian berdasarkan keperluan polis menangani kegiatan itu di negara ini, bukannya atas urusan peribadi.
Topic Berkaitan
#judi dalam talian
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#Kementerian Kewangan
#lawatan kerja
#lawatan sambil belajar
#Lembaga Totalisator Malaysia
#Lim Guan Eng
#Menteri Dalam Negeri
#Muhyiddin Yassin
#polis
#syarikat nombor ramalan
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan