MALAYSIA
Tidak berpihak secara aktif pendekatan berlandas prinsip - PM Anwar
Kata Anwar, pendekatan itu bukanlah neutraliti sebaliknya merupakan kebebasan untuk memilih berdasarkan prinsip, nilai dan kepentingan negara. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa dalam usaha membentuk semula dunia, Malaysia mesti bersedia untuk mentadbir dengan kebijaksanaan dan kesabaran, berpaksikan pendekatan yang digelar sebagai active non-alignment atau tidak berpihak secara aktif.
Ringkasan AI
Beliau menjelaskan bahawa pendekatan itu bukanlah neutraliti atau gagal membuat keputusan, sebaliknya merupakan kebebasan untuk memilih berdasarkan prinsip, nilai dan kepentingan negara.
“Di ASEAN, kita memperkukuh konsep kesepakatan pusat (centrality) yang membolehkan kita berhubung dengan semua pihak. Namun, kita mesti menentukan pendirian sendiri, berpandukan nilai dan kepentingan negara,” katanya dalam ucaptama di Kuala Lumpur Conference On A New Just And Humane International Order 2025, pada Selasa.
Anwar menambah, Malaysia akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi memajukan keamanan dan keadilan, namun tetap akan berkata “tidak” jika sesuatu itu tidak selari dengan prinsip negara.
Beliau turut sekali lagi menyentuh isu jemputan ASEAN kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dan memberi jaminan bahawa Malaysia akan terus berinteraksi secara diplomatik sambil menyatakan pendirian dengan tegas, sebagaimana dilakukan terdahulu terhadap Presiden Joe Biden dan pemimpin-pemimpin lain.
“Diplomasi bukan untuk menenangkan kemarahan atau mengangkat kedudukan kita seolah-olah kita terpisah daripada dunia. Ia langkah praktikal untuk melindungi kepentingan kita dan membawa keamanan dalam dunia yang tidak sempurna,” katanya.
Menurut Anwar lagi, diplomasi adalah satu “pertarungan ketahanan” yang menuntut keseimbangan, disiplin, dan keberanian untuk kekal di landasan, walaupun situasi dunia sentiasa berubah.
Dalam pada itu, Anwar menegaskan Malaysia mengalu-alukan sebarang inisiatif ke arah keamanan, termasuk daripada bekas Presiden AS Donald Trump, namun menegaskan bahawa dunia tidak boleh terus menerima “jeda antara peperangan” sebagai penyelesaian.
“Kita sedang berdepan dengan Netanyahu dan Kabinetnya yang secara terbuka menolak sebarang komitmen ke arah penyelesaian sebenar. Justeru, gencatan senjata mesti menjadi pintu untuk membina semula Gaza, memulihkan keadilan, dan menegaskan hak setiap manusia untuk hidup bebas di tanah air mereka sendiri.
“Tidak ada rancangan jelas untuk keamanan menyeluruh, tiada jaminan untuk rakyat Palestin kembali ke tanah air mereka, dan tiada kenyataan tegas menjamin penubuhan negara Palestin yang bebas," katanya.
Anwar menambah, Gaza mengingatkan dunia bahawa moral dan kuasa tidak mudah disatukan, namun kedua-duanya mesti wujud bersama jika ingin mengekalkan kestabilan dan ketertiban dunia.
“Inilah perjuangan sebenar kepimpinan, antara tuntutan hati nurani dengan realiti kuasa. Kemarahan moral ada tempatnya; tanpa kemarahan terhadap ketidakadilan, tiada keadilan yang akan lahir.
"Tetapi tanggungjawab kepimpinan ialah menukar kemarahan itu kepada ketertiban, memastikan keyakinan moral diterjemah menjadi dasar, dan kasih sayang diterjemah menjadi tindakan yang berkekalan,” katanya.
Ringkasan AI
- Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia mengamalkan pendekatan 'active non-alignment', iaitu kebebasan memilih berdasarkan prinsip dan kepentingan negara, bukan neutraliti atau sikap pasif.
- Malaysia akan terus berinteraksi diplomatik dengan semua pihak tetapi kekal tegas terhadap isu yang bercanggah dengan prinsip, termasuk jemputan ASEAN kepada Presiden AS Donald Trump.
- Anwar mengulangi sokongan terhadap gencatan senjata Gaza dengan syarat ia membawa kepada pembinaan semula dan pengiktirafan hak Palestin, sambil menekankan kepimpinan mesti menukar kemarahan moral kepada tindakan berkesan demi keadilan global.