KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) menegaskan majikan tidak boleh sama sekali memberikan notis penamatan perkhidmatan pekerja wanita yang cuti sakit disebabkan hamil atau cuti bersalin.
Timbalan Menterinya, Mustapha Sakmud berkata, perkara itu termaktub dalam peruntukan Seksyen 41 (A) Akta Kerja 1955, dan mana-mana majikan yang tidak mematuhi peraturan tersebut boleh dikenakan tindakan.
"Kecuali dalam keadaan berikut, yang pertama pelanggaran seksyen, salah laku atau penutupan perniagaan majikan.
"Pekerja yang hamil ditamatkan kerja, beban pembuktian adalah terletak kepada majikan bahawa penamatan perkhidmatan bukan disebabkan oleh kehamilan.
"Tidak boleh sama sekali mana-mana majikan yang mengambil peluang dengan kehamilan ini untuk menamatkan kerja wanita ini secara suka hati. Dia kena ada sebabnya.
"Jika disabit pendakwaan ini, dan kompaun akan dikenakan kepada majikan yang berkenaan," katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) mengenai adakah ada kemungkinan majikan akan menggantikan pekerja yang mengambil cuti bersalin selama 98 hari susulan penguatkuasaan Akta Kerja 1955.
Dalam pada itu, Mustapha memaklumkan, sehingga 31 Oktober lalu, sebanyak 44 kes aduan telah diterima daripada pihaknya berkait majikan yang gagal mematuhi polisi cuti bersalin yang dilanjutkan kepada 98 hari.
Jelas beliau, daripada jumlah tersebut, sebanyak 28 aduan adalah berasas, manakala 16 lagi aduan adalah sebaliknya.
"Bagi aduan yang berasas, majikan–majikan yang terlibat telah diberikan peringatan dan tindakan pembetulan telah diambil.
"Semua kes tersebut telah diselesaikan melalui pematuhan majikan dengan pemberian kelayakan tempoh cuti bersalin selama 98 hari kepada pekerja," katanya.
Hasimi Muhamad
Wed Nov 22 2023

Mustapha (foto) berkata, perkara itu termaktub dalam peruntukan Seksyen 41 (A) Akta Kerja 1955 dan mana-mana majikan yang tidak mematuhi peraturan tersebut boleh dikenakan tindakan. -Foto Japen
[TERKINI] Pemandu lori batu kerikil direman empat hari
Majistret Naidatul Athirah Azman kemudiannya membenarkan suspek direman selama empat hari sehingga Sabtu ini. Bakri ketika ditemui di pekarangan mahkamah berkata, permohonan reman itu dikemukakan pihak polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu lori kejar trip, laluan sempit undang risiko bahaya - Penduduk
Keadaan jalan yang sempit dan tiada lampu isyarat dipercayai antara faktor sering berlaku kemalangan maut di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini.
Nahas trak FRU: Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir ucapan takziah
Baginda berdua menerusi hantaran di Facebook hari ini menyifatkan kehilangan wira negara itu bukan sahaja dirasai oleh keluarga dan rakan setugas, malah turut menyentuh hati seluruh rakyat serta anggota pasukan keselamatan yang sentiasa berdedikasi menjalankan tugas.
Nahas trak FRU: Jenazah Akmal Wafi selamat dikebumikan
Lebih 300 terdiri daripada aggota keluarga, penduduk setempat, pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Konstabel Akmal Wafi Anuar, 27 tahun yang maut dalam nahas semalam.

Nvidia bekal cip kepada syarikat Arab Saudi Humain untuk kilang AI
Huang mengumumkan kerjasama strategik bersama Humain itu pada sebuah forum pelaburan yang diadakan bersempena lawatan tersebut.

Siapa kuasai gas Sarawak?
Pertikaian kawalan gas antara Petronas dan Petros uji sempadan kuasa negeri dan persekutuan, dengan implikasi besar terhadap hasil negara dan kos sara hidup rakyat.

Klon Harimau Malaya: Cabaran etika semakin kabur, tapi masa makin suntuk - Penyelidik
Dr Wan Nor Fitri gesa usaha pemuliharaan Harimau Malaya disegerakan, termasuk penyimpanan sel stem.

Gajah miliki keupayaan “spatial”, mampu ingat kawasan, peristiwa
Gajah mempunyai spatial memory termasuk boleh mengingati kawasan dan faham konsep kematian. Ia boleh kunci kawasan itu dan boleh kembali untuk melawat.

Nahas trak FRU: Pemandu lori direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 45 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Naidatul Athirah Azman di Mahkamah Majistret Teluk Intan.

Pusat data UMS cekap tenaga, efisien dan sokong agenda kelestarian
Teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI) itu memperkukuh infrastruktur digital UMS.

Keputusan kelulusan cuti bersalin 60 hari tidak langgar peraturan - KPPA
Keputusan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat memberikan kelulusan cuti bersalin sebanyak 60 hari kepada pegawai perubatan PKD, adalah tidak melanggar peraturan cuti bersalin yang ditetapkan.

Cuti bersalin 98 hari berkuat kuasa 1 Jan 2023
Antara pindaan itu ialah waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu, cuti bersalin menjadi 98 hari dan cuti paterniti tujuh hari.

Jakim berunding dengan MOF isu tangguh cuti bersalin elaun penuh
Hakimah berkata, pihaknya juga sedang menjustifikasikan langkah yang dibuat untuk pertimbangan semula pihak Kementerian berkenaan.

Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 berkaitan cuti bersalin
Rang undang-undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim setelah dibahas 17 senator.

Guru Kafa dapat cuti bersalin elaun penuh mulai 1 Jan - Jakim
Kemudahan cuti bersalin dengan elaun penuh selama 60 hari diberi kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) berkuat kuasa 1 Jan lepas.

Kadar gaji minimum dikaji semula agar kekal relevan - Muhyiddin
Kerajaan sedang menambah baik dan meminda undang-undang berkaitan perburuhan, seperti Akta Kerja 1955, dengan meluaskan skop pemakaian kepada semua pekerja dalam sektor swasta tanpa mengira had gaji.

Dewan Negara lulus RUU Perbekalan 2020
Rang Undang-undang berkenaan diluluskan sebulat suara anggota Dewan Negara selepas dibahaskan selama empat hari bermula 9 Dis, sebelum digulung oleh setiap kementerian selama dua hari.

MEF hanya setuju tiga hari cuti bersalin - Shamsuddin Bardan
Persetujuan cuti tiga hari itu juga adalah atas prinsip kos pembiayaan cuti pekerja terlibat tidak ditanggung sepenuhnya oleh majikan.

Kedah kaji kesesuaian cadangan cuti bersalin 90 hari
Kerajaan Kedah akan melakukan kajian bagi melihat kesesuaian pelaksanaan cadangan cuti bersalin selama 90 hari kepada pekerja wanita di peringkat negeri ini sebelum melaksanakannya.

Cuti 90 hari: Masa bersama ibu, bayi amat penting - TPM
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan masa bersama termasuk tempoh proses penyusuan amat penting kepada ibu dan bayi.