KUALA LUMPUR: Kelonggaran untuk pencarum mengeluarkan wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak boleh diberikan secara mudah.
Namun, dalam masa sama, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan kepada kerajaan agar menambah peruntukan bagi membantu mangsa yang terjejas akibat bencana banjir.
Menurut Ketua Pembangkang itu, antara yang perlu diberi perhatian ialah mempertimbangkan bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.
"Ada pandangan mengatakan bahawa perlu kita berikan kelonggaran bagi pencarum mengambil wang mereka sendiri, dan ini telah kita lakukan.
"Tetapi saya cenderung untuk mengatakan walaupun tidak popular untuk sesetengah pihak, bahawa kita tidak boleh memberi laluan mudah kerana wang ini yang sedikit itu untuk menjamin masa depan mereka dan ini kumpulan yang agak miskin.
"Kalau diambil wang ini (KWSP), lima atau enam tahun setelah bersara, tidak ada harapan mereka boleh jamin keselamatan hidup mereka dan keluarga.
"Jawapan Menteri Kewangan setakat itu sahaja, noktah... itu tak cukup (penerangan). Maknanya, kita kena pantau orang-orang ini dan harus beri bantuan tambahan supaya mengurangkan beban.
"Jadi, maknanya menghentikan peluang pencarum mengambil wang KWSP dipersetujui, tertakluk dengan syarat peruntukan tambahan kepada mangsa yang berkenaan dan baru ia dapat diimbangi," katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Khamis.
Walaupun menyedari pandangan beliau tidak selari dengan pendirian UMNO, namun, Anwar menegaskan, tidak akan menyokong mana-mana idea yang boleh menjejaskan masa depan rakyat.
"Tetapi jika keputusan itu populis dan tidak memberi manfaat besar kepada masa depan keluarga ini, kita harus bersedia mengkaji semula.
"Kajian itu mesti menghentikan (desakan pengeluaran KWSP) dan menggantikan dengan dana tambahan," tegas beliau lagi.
Hasimi Muhamad
Thu Jan 20 2022

Kelonggaran untuk pencarum mengeluarkan wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak boleh diberikan secara mudah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar Jabatan Penerangan

HFMD: Premis jagaan kanak-kanak di Melaka dengan lebih empat kes akan ditutup
Pengusaha premis berkenaan diminta segera melaporkan perkara tersebut kepada JKNM bagi tindakan kawalan dan pencegahan wabak.

AWANI Ringkas: Kediaman bertanah jadi pilihan di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MDEC buka permohonan Geran Teknologi Global, Geran Pemangkin 4IR
MDEC buka permohonan untuk Geran Teknologi Global, Geran Pemangkin 4IR edisi 2022 | Dagang News
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Mei 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Mei 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967781/thumbnails/30824897611653009649103_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Mei 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Afiezy Azaman dan Nursyazwani Saiful Sham.

Lagu bernada tinggi, peminat juga perlu memahami - Ziana Zain
Ziana Zain percaya setiap penyanyi akan memberikan persembahan terbaik setiap kali di pentas, dengan kemampuan yang dimiliki.

AWANI Pagi: Sambutan Hari Bomba Sedunia 2022
Rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba. Hakikatnya kini tugas pasukan bomba bukan sekadar memadam kebakaran. Ikuti perbincangan bersama KP JBPM dalam Awani Pagi

Mansuh AP tidak selesai isu kos makanan - Sim Tze Tzin
Pemansuhan AP import makanan tidak akan mencapai matlamat mengurangkan kos harga makanan sebab hanya melibatkan lima jenis makanan.

Program Jom Tengok Bola semai semangat perpaduan rakyat - Halimah
Program anjuran bersama Astro AWANI itu amat bertepatan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.

Vaksin COVID-19 | WHO luluskan penggunaan kecemasan Cansino
Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi kelulusan kecemasan bagi penggunaan vaksin yang dikeluarkan Cansino Biologics di China. Ini merupakan vaksin kesebelas seumpamnya yang menerima kelulusan.

COVID-19 Global | Jumlah kes baharu melebihi setengah bilion
Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di peringkat global kini melebihi setengah bilion. Dalam tempoh 24 jam lepas terdapat pertambahan ratusan ribu kes menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 523 juta.

Pemilihan PKR 2022: Cabang Lembah Pantai menang tanpa bertanding
Proses pemilihan yang berlangsung hari ini hanya melibatkan jawatan di peringkat pusat.

Debat Perdana: Fahmi Fadzil tidak puas hati, banyak 'syarat' diletak 'team Najib'
Terdapat banyak kekangan atau syarat yang diletakkan termasuk dari segi format, soalan serta lokasi.

Kerajaan perlu teliti cadangan pengambilalihan Sapura Energy oleh Petronas - Tok Pa
Pelbagai pihak telah memberikan cadangan kepada kerajaan berhubung perkara berkenaan.

Pengundian pemilihan PKR 2022 buka tirai hari ini
Pemilihan PKR 2022 membuka tirainya hari ini yang menyaksikan seramai 11,282 calon merebut pelbagai jawatan di peringkat pusat, cabang dan sayapnya.

Jadikan kombinasi hujah debat Najib-Anwar kerangka dasar negara - Zahid
Wacana intelektual harus diadakan dengan lebih kerap supaya bukan hanya mahu merungkaikan permasalahan sesuatu kumpulan, lebih penting supaya rakyat diberikan kefahaman.

Debat Perdana: Najib, Anwar bentang fakta zaman siapa lebih hebat urus kewangan negara
Najib pernah menjadi Menteri Kewangan antara 2008 hingga 2013, manakala Anwar pula antara 1991 hingga 1998.

'Kalau ada GST, rakyat lebih senang hari ini' - Najib
Datuk Seri Najib Razak yakin nasib rakyat Malaysia akan lebih senang hari ini jika sistem cukai itu masih dilaksanakan.

Debat Perdana: Rakyat pemenang sebenar - Penganalisis politik
Ia merupakan platform yang memberikan rakyat peluang untuk membuat penilaian tentang isu yang dibangkitkan, secara langsung dan terus.

Debat Perdana: Najib mahu 'besarkan kek ekonomi', Anwar jawab 'jangan makan kek seorang'
Najib mendakwa, PH hanya mengecilkan 'kek ekonomi' dengan mengambil langkah menjual aset kerajaan sewaktu 22 bulan memerintah

"Saya beza dengan Najib" - Anwar sedia siasatan skandal Forex dibuka
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, kalau betul tindakan mahu diambil, masalah utama yang perlu diselesaikan adalah berkaitan rasuah.