Tidak dibenar mengajar, dipindah ke negeri lain tindakan buat guru enggan divaksin - Radzi Jidin

Nur Fazlizai Ali
Oktober 3, 2021 07:45 MYT
Datuk Radzi Jidin berbual dengan seorang pelajar Sekolah Menengah Sains Dungun ketika meninjau sesi persekolahan secara bersemuka pada Ahad. - Gambar Astro AWANI
DUNGUN: Golongan guru yang enggan menerima vaksinasi COVID-19 tidak akan dibenarkan mengajar murid secara bersemuka.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, kementerian tidak mempunyai pilihan selain daripada mengambil tindakan berkenaan sebagai langkah untuk melindungi pelajar.
Beliau berkata, sehingga kini masih terdapat sekitar 2,000 guru yang enggan divaksin di seluruh negara.
“Kita tidak ada pilihan kerana kalau tidak (sesi) pengajaran akan terjejas. Sebab itu kita buat ketetapan bahawa guru-guru ini (tidak ambil vaksin) perlu dibawa keluar.
“Ke mana kita akan letakkan mereka? Semestinya mereka tidak akan mengajar secara bersemuka. sebab itu akan ada pertukaran sama ada dalam negeri ataupun ke luar negeri mereka untuk memastikan supaya perjawatan yang ada tu tak terjejas,” tegas beliau.
[TERKINI] Sesi Persekolahan | Sidang media Menteri Kanan Pendidikan
BACA: Takwim persekolahan 2022 kekal bermula bulan Mac - Menteri Pendidikan
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau sesi persekolahan secara bersemuka di Sekolah Menengah Sains Dungun di sini, pada Ahad.
Radzi turut melakukan tinjauan di beberapa sekolah di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Marang
Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mewajibkan semua penjawat awam melengkapkan suntikan
vaksin COVID-19 sebelum 1 November ini.
Golongan guru merupakan antara 16,902 orang penjawat awam yang diminta hadir menerima vaksin secara walk-in ke pusat pemberian vaksin (PPV) disediakan kerajaan.
#guru enggan divaksin #tidak dibenar mengajar #dipindah ke negeri lain #Radzi Jidin'