NATIONAL
Tidak hadir sekolah, kementerian bimbang ramai pelajar keciciran selepas COVID-19 - Dr Radzi Jidin
Peratusan pelajar yang hadir ke sekolah di seluruh negara ketika ini kekal sebanyak 85 peratus walaupun ketika negara sedang menghadapi gelombang ketiga COVID-19. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kementerian Pendidikan bimbang terdapat kelompok besar pelajar akan mengalami keciciran akademik jika pelajar kerap tidak hadir ke sekolah ketika negara menghadapi krisis COVID-19.
Menteri Pendidkan, Dr Radzi Jidin, berkata keadaan itu akan dapat dilihat sebaik krisis COVID-19 selesai.
“Katakanlah wabak COVID-19 sudah selesai, ada vaksin... ada ubatnya... kita akan lihat satu kelompok besar (pelajar) yang tercicir. Pada waktu itu, ia sudah terlambat untuk kita mendekati anak-anak ini.
“Oleh itu, kami cukup teliti untuk memastikan (kehadiran pelajar ke sekolah)... apabila yang tidak hadir ke sekolah sebagai contoh, kita nak tahu kenapa, sebab itu saya banyak ke sekolah dan lihat buku kehadiran, ada yang sering ponteng sekolah.
“Faktor sosioekonomi itu juga memainkan peranan besar dan disebabkan itu kami cukup risau... ketidakhadiran yang boleh membawa kepada keciciran," katanya ketika ditemu bual dalam program Soal Rakyat di TV3, pada Sabtu.

#sekolah
#pelajar
#kehadiran pelajar sekolah
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#PKPB
#penutupan sekolah
#kesihatan
#rakyat
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#PKP