awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak hormat Ramadan, peniaga hisap rokok di kedai makan ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
03/03/2025
03:50 MYT
Tidak hormat Ramadan, peniaga hisap rokok di kedai makan ditahan
Lelaki tersebut dicekup penguat kuasa JAIM dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah di sini, pada Ahad. - Gambar/ Sinar Harian
MELAKA: Seorang peniaga lelaki yang bersahaja menghisap rokok ketika mengangkat makanan dipercayai untuk dijual, ke dalam kenderaannya, ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sini, pada Ahad.
Exco Pendidikan Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, peniaga berusia 59 tahun itu didapati telah ponteng berpuasa sekali gus mencemarkan kemuliaan Ramadan.
Menurutnya, lelaki itu yang dicekup di Bukit Beringin adalah antara dua individu ditahan dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah.
"Dalam operasi itu kita telah menahan dua individu selepas didapati menghisap rokok di kedai makan di Alor Gajah dan Krubong.
"Kedua-dua orang yang disyaki (OYDS) itu telah diberikan surat perintah hadir ke JAIM pada hari ini untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
Tambahnya, operasi pada kali ini melibatkan Jalan Besar Alor Gajah, Kelemak, Masjid Tanah, Kuala Sungai Baru, Tangga Batu, Tanjung Kling, Sungai Dang, Pulau Gadong dan Kawasan Perindustrian Bukit Rambai.
Ujarnya, sekiranya disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak lebih daripada RM1,000 atau dipenjara sehingga enam bulan di bawah Seksyen 49, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka (EKSNM) 1991: Kesalahan menjual makanan dan makan dalam bulan Ramadan.
"JAIM akan terus menjalankan kempen dan operasi menghormati Ramadan secara berkala bermula sepanjang Ramadan kali ini.
"Langkah ini meningkatkan kesedaran kepada masyarakat Islam untuk menghormati kesucian bulan Ramadan," katanya lagi. - Sinar Harian
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Ramadan
#tidak berpuasa
#Melaka
#hisap rokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan