awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak mohon kahwin kedua: JIPS siasat suami anak Chef Wan, Serina

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
12/04/2021
06:53 MYT
Tidak mohon kahwin kedua: JIPS siasat suami anak Chef Wan, Serina
Serina sebelum ini dilaporkan selamat bergelar isteri buat kali kedua kepada lelaki pilihan yang dikenali sebagai Aidid, 35. - Foto Instagram
IPOH: Polis telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap suami pelakon, Serina Redzuawan, 39 yang juga seorang pegawai polis kerana tidak membuat permohonan untuk berkahwin kali kedua.
Siasatan dibuat Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) selepas bekas isteri pertama Meor Mohammad Aidid, 35, seorang pegawai berpangkat inspektor itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada Mac lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid yang mengesahkan perkara itu berkata, pegawai itu telah berpindah ke Perlis sejak 2019.
"Saya difahamkan satu kertas siasatan tatatertib telah dibuka terhadap pegawai berkenaan kerana beliau tidak memohon untuk berkahwin kali kedua dengan anak Chef Wan.
"Siasatan dijalankan, saya serahkan kepada siasatan JIPS IPK Perlis kerana pegawai ini telah bertukar ke Perlis. Pada mulanya memang beliau bertugas di sini sebagai pegawai trafik dan kini melapor sebagai pegawai siasatan jenayah JSJ D8 IPK Perlis," katanya.
BACA: 'Saya tak bernikah di Siam'- Serina
BACA: Anak Chef Wan, Serina kembali bergelar isteri
Beliau ditemui selepas majlis serah terima tugas di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak di Ipoh pada Isnin.
Menurutnya, beliau difahamkan perkahwinan itu berdaftar secara sah di Perlis tetapi boleh diambil tindakan tatatertib jika tidak minta kebenaran jabatan.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih lagi dijalankan oleh pihak JIPK IPK Perlis.
Serina yang merupakan anak kepada Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail menerusi hantaran di Instagram peribadinya memaklumkan majlis pernikahan dengan Mohammad Aidid berlangsung secara tertutup dan berjalan seperti yang direncanakan.
Topic Berkaitan
#Serina Redzuawan
#Serina kahwin
#anak Chef Wan
#Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard
#JIPS
#Instagram
#Perlis
#jenayah
#siasatan
#perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan