Dakwaan kononnya data dan maklumat peribadi pemegang kad 'paywave' boleh digodam, bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan seperti yang dihebohkan di media sosial.
Perunding Teknologi Maklumat, Mohd Ridzman Azzahari berkata sekalipun tidak menolak kemungkinan itu, namun ia tidaklah semudah seperti yang disangka berdasarkan ciri-ciri keselamatan yang tinggi kad berkenaan.
"Kad itu telah dilengkapi ciri keselamatan yang tinggi, termasuk untuk pembayaran secara paywave, yang mana setiap transaksi dibuat adalah unik," katanya.
Mohd Ridzman yang juga Pengarah Urusan Onemyr Awareness, sebuah syarikat perunding berkaitan jenayah siber berkata demikian kepada Bernama sebagai mengulas video berkenaan dakwaan itu yang tular di internet dan media sosial ketika ini.
"Sehingga kini, berdasarkan laporan Bank Negara tiada sebarang aduan dibuat mengenai kecurian menggunakan paywave ini," katanya.
Sementara itu, menurut laman web rasmi Visa, platform Visa payWave adalah berdasarkan teknologi cip EMV yang terjamin dan selamat, yang menyediakan perlindungan data dan keselamatan transaksi menerusi penggunaan kekunci dan teknologi penyulitan terkini.
Menurutnya, transaksi Visa payWave diproses menerusi rangkaian pembayaran yang sama dan boleh dipercayai seperti cip EMV dan transaksi jalur magnetik.
"Kami telah mencipta Visa payWave untuk memastikan ia sentiasa berada dalam kawalan pemegang kad. Peruncit atau penjual perlu terlebih dahulu memasukkan amaun pembelian bagi kelulusan dan kad anda perlu diletakkan betul-betul dekat dengan pembaca kad (dalam jarak 4 sm) bagi membolehkan transaksi dilakukan.
"Terminal-terminal hanya boleh memproses satu transaksi pembayaran pada satu-satu masa," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu Jan 19 2017
Visa payWave adalah berdasarkan teknologi cip EMV yang terjamin dan selamat, yang menyediakan perlindungan data dan keselamatan transaksi menerusi penggunaan kekunci dan teknologi penyulitan terkini.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
Tidak mudah godam kad payWave, orang ramai tidak perlu bimbang - Pakar IT
Dakwaan kononnya data dan maklumat peribadi pemegang kad 'paywave' boleh digodam, bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan seperti yang dihebohkan di media sosial.