Tidak pasti siapa ayah, wanita sorok bayi dalam raga motosikal

Hakim Rahman
September 4, 2017 10:21 MYT
Pada Ahad, seorang bayi lelaki yang masih bernyawa dan bertali pusat ditemui di dalam raga motosikal di depan rumah penduduk di kampung berkenaan. - Gambar hiasan
Tindakan seorang wanita meninggalkan bayinya dalam raga sebuah motosikal di Kampung Orang Asli, Hulu Melaka, Serendah, di sini pada Ahad dipercayai kerana ingin menyembunyikan kelahiran bayi berkenaan daripada suaminya.
Ketua Polis Daerah Hulu Kelang, Superintendan Lim Bhak Pai berkata wanita berusia 25 tahun berkenaan bertindak demikian kerana bayi tersebut adalah hasil hubungannya dengan lelaki lain.
“Suami berkenaan mengetahui wanita berkenaan mengandung tetapi tidak pasti jika bayi berkenaan adalah anaknya,
“Bagaimanapun, butiran lanjut masih belum diperolehi memandangkan ibu dan bayi berkenaan masih ditahan di wad,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Suspek bersama suaminya menetap di desa yang sama.
Pada Ahad, seorang bayi lelaki yang masih bernyawa dan bertali pusat ditemui di dalam raga motosikal di depan rumah penduduk di kampung berkenaan.
Tambah Lim, wanita berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu sampel deoksiribonukleik (DNA) bayi berkenaan.
#bayi #DNA #Orang Asli #raga motosikal #sorok #wanita