[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

Tidak perlu darurat, cuma isytihar kawasan keselamatan - Shahidan

Diyana Ibrahim 27/11/2018 | 22:00 MYT
SHAHIDAN: Kerajaan ada Akta MKN yang tidak diguna pakai, iaitu mengisytihar kawasan yang tercetus kekecohan sebagai kawasan keselamatan tanpa perlu darurat. - BERNAMA/Fail
Tidak perlu isytihar darurat, sebaliknya kerajaan boleh mengguna pakai Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) di kuil Sri Maha Mariamman sebagai kawasan keselamatan, kata bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Arau berkata, kerajaan perlu segera menggunakan akta tersebut dan ia tidak boleh ditangguh.
"Kerajaan ada Akta MKN yang tidak diguna pakai, iaitu mengisytihar kawasan yang tercetus kekecohan sebagai kawasan keselamatan tanpa perlu darurat.
"Sebagai menteri yang dulu di bawah MKN, saya menggesa kerajaan menggunakan akta ini dan perkara itu tidak boleh ditangguh memandangkan isu kuil ini telah tular," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Sebelum ini, bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan menyarankan untuk melaksanakan perintah berkurung susulan insiden perpindahan tapak kuil yang berlarutan dua malam telah menjadi tidak terkawal.
Beliau berkata perintah berkurung itu perlu diistihar Ketua Polis Negeri.
#Astro #Astro Awani #kerajaan #keselamatan #Ketua Polis Negara #menteri #Musa Hassan #Parlimen #Perdana Menteri #polis #Shahidan Kassim