awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak perlu lagi pakai pelitup muka dalam kapal terbang - Khairy

Astro Awani
Astro Awani
28/09/2022
09:47 MYT
Tidak perlu lagi pakai pelitup muka dalam kapal terbang - Khairy
Menurut Khairy, keputusan itu dibuat menggunakan pendekatan berasaskan risiko dan telah mengambil kira penambahbaikan dalam teknologi kapal terbang serta beban kes COVID-19 di negara ini yang lebih terkawal ketika ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan ketika menaiki kapal terbang.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan menjelaskan protokol bahari itu berkuat kuasa serta-merta.
Bagaimanapun Khairy menjelaskan, KKM amat menggalakkan individu yang bergejala seperti demam, batuk dan selsema terus mengamalkan pemakaian pelitup muka.
"Individu berisiko tinggi seperti warga tua, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah, ibu mengandung dan individu yang mengembara bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak juga digalakkan terus memakain pelitup muka," katanya.
Menurut Khairy, keputusan itu dibuat menggunakan pendekatan berasaskan risiko dan telah mengambil kira penambahbaikan dalam teknologi kapal terbang serta beban kes COVID-19 di negara ini yang lebih terkawal ketika ini.
Selain itu, kelonggaran ini juga adalah selaras dengan syor kesihatan daripada negara-negara seperti Kesatuan Eropah, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Singapura.
Keperluan pemakaian pelitup muka di dalam kapal terbang bagaimanapun masih tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh negara yang dikunjungi.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#pelitup muka
#kapal terbang
#COVID-19
#kelonggaran
#risiko
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan