MALAYSIA
Tidak perlu mansuh, matrikulasi dan STPM ada fungsi tersendiri dalam pendidikan negara - AMK
Muhammad Kamil menjawab pertanyaan pengamal media ketika hadir pada Karnival KAMI di Mydin Mall Meru Raya hari ini. - Gambar Bernama
IPOH: Sistem Matrikulasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sedia ada wajar diteruskan kerana kedua-duanya mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam sistem pendidikan negara, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan Muhammad Kamil Abdul Munim.
Beliau berkata sekiranya terdapat cadangan penambahbaikan mengikut keperluan semasa, ia boleh dikemukakan kepada kerajaan khususnya kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi.
"Pada pandangan saya, mahupun Angkatan Muda Keadilan, kita fikir apa sistem yang kita ada hari ini tak ada masalah, kita boleh teruskan kerana STPM itu ada fungsi tersendiri dan matrikulasi pun," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kita Anak Malaysia anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) di Mydin Meru Raya di sini hari ini.
Sebelum ini, Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya Tang Yi Ze dilaporkan menuntut supaya program matrikulasi dimansuhkan dan STPM dijadikan sebagai piawaian tunggal bagi kemasukan jurusan ijazah di universiti awam (UA).
Dalam perkembangan lain, Muhammad Kamil yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan berkata pihaknya sedia mengemukakan cadangan memperluas pembelian jenis barangan dan kedai runcit bagi penggunaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada Kementerian Kewangan untuk diteliti.
Beliau berkata kerajaan pada hari ini sentiasa mendengar pandangan rakyat dan terbuka kepada penambahbaikan skim berkenaan demi kebaikan dan kesejahteraan masyarakat.
"Saya percaya dalam hal ini, berkaitan dengan perluasan kedai ataupun barangan yang tergolong dalam kategori yang boleh dibayar menggunakan bantuan SARA itu akan diberi perhatian dan juga diteliti oleh pihak Kementerian Kewangan dan akan diumumkan kemudian, insya-Allah," katanya.
Mengulas mengenai penganjuran program Karnival Kita Anak Malaysia, Muhammad Kamil berkata karnival siri keempat anjuran IKRAM yang memilih Mydin Meru Raya sebagai lokasi itu berjaya menjadi platform dalam meraikan kepelbagaian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
"Saya mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada IKRAM kerana menganjurkan program yang sangat baik ini," katanya.
-- BERNAMA