awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak perlu pengeluaran KWSP, fokus subsidi - MEF

Sinar Harian
Sinar Harian
14/02/2023
23:45 MYT
Tidak perlu pengeluaran KWSP, fokus subsidi - MEF
SHAMSUDDIN: Bagaimana mereka dapat meneruskan kehidupan sehingga umur 75 tahun, maka pencarum perlu mempunyai RM280,000 itu untuk digunakan bagi tempoh 15 tahun. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Tiada keperluan mengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika ini kerana ia bukan wang untuk dibelanjakan sewaktu keadaan mendesak sebaliknya ia simpanan masa tua, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan.
Beliau berkata, pihaknya menyokong sepenuhnya kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang tidak membenarkan lagi pengeluaran KWSP kerana boleh menjejaskan simpanan keperluan pencarum selepas bersara.
"Kini kita dapat melihat lebih dua per tiga daripada pencarum mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 ketika mencapai umur 55 tahun.
"Namun, melihat perancangan KWSP mengatakan bahawa setiap pencarum itu mestilah mempunyai kira-kira RM280,000 simpanan dalam KWSP apabila bersara.
"Tetapi bersara ketika ini adalah 60 tahun dan ia satu cabaran yang amat besar kerana kebanyakan mereka tidak mampu berbuat demikian, dan berdasarkan statistik KWSP cuma tiga peratus sahaja pencarum yang boleh bersara dengan agak selesa," katanya
Beliau berkata demikian dalam program Wacana Sinar Harian bertajuk Bantu Rakyat: Apa Nasib Pekerja Bawahan? dikendalikan oleh Ismail Adnan.
Tambah Shamsuddin, jika pencarum tidak mempunyai wang mencukupi untuk bersara, maka mereka pasti akan menghadapi masalah.
"Justeru, bagaimana mereka dapat meneruskan kehidupan sehingga umur 75 tahun, maka pencarum perlu mempunyai RM280,000 itu untuk digunakan bagi tempoh 15 tahun.
"Setiap bulan (KWSP) mampu berikan mereka ini wang untuk dibelanjakan kira-kira RM1,555. Ia bukanlah selesa tetapi boleh (meneruskan) hidup," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau meminta KWSP untuk meneliti semula kepentingan pengeluaran simpanan berkenaan sama ada demi menyelamatkan rakyat masa kini atau memberikan masa depan yang lebih selesa.
"Saya rasa KWSP harus menuju semula kepada niat atau hasrat ketika menubuhkan agensi itu iaitu simpanan untuk hari tua tetapi malangnya pada masa kini (apabila rasa) susah sikit, (mula fikirkan) pengeluaran wang KWSP seolah-olah simpanan ATM (Mesin juruwang automatik).
"Jadi, saya rasa memang tidak perlu mengambil KWSP kerana ia untuk hari tua dan kerajaan perlu melihat keperluan rakyat mereka dengan mencari faktor lain. Antaranya, memfokuskan kepada cara untuk memberikan subsidi secara bersasar," ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#KWSP
#Shamsuddin Bardan
#MEF
#Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan