KUALA LUMPUR: Masyarakat tidak perlu berasa ragu untuk mengambil dos penggalak khususnya dos penggalak kedua bagi melindungi diri mereka daripada terdedah daripada bahaya jangkitan COVID-19.
Menurut pakar-pakar kesihatan, pengambilan dos penggalak sedia ada iaitu daripada jenis monovalen masih lagi relevan dan merupakan antara instrumen yang berkesan bagi mencegah penularan wabak itu terutama terhadap golongan yang berisiko.
Bagi Pakar Perunding Penyakit Berjangkit Jabatan Perubatan Fakulti Perubatan Universiti Malaya Prof Madya Dr Sharifah Faridah Syed Omar berkata dos penggalak masih mempunyai peranan, walaupun ia tidak dapat mengelak jangkitan sebaik dahulu.
"Apabila kita mengambil dos penggalak, antibodi badan akan meningkat walaupun bukan pada tahap yang kita kehendaki. Namun tidak dinafikan, ia (antibodi) juga akan turun dengan cepat, tetapi sekurang-kurangnya, dalam masa yang singkat itu ia mampu melindungi kita daripada terkena jangkitan.
"Jadi dos penggalak ini masih mampu memberi perlindungan selain dapat mengurangkan penularan yang terlalu cepat," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sebelum ini Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menyarankan orang ramai yang telah menerima dos penggalak pertama melebihi tempoh enam bulan, supaya mendapatkan dos penggalak kedua serta tidak menunggu vaksin bivalen.
Mengulas lanjut Dr Sharifah berkata masyarakat juga perlu memastikan sumber maklumat berkenaan dos penggalak diperoleh daripada sumber yang sahih terutama berkenaan kesan sampingan bagi mengelakkan kekeliruan dan seterusnya menimbulkan ketakutan dan kegusaran.
"Apa-apa rawatan atau ubat yang ada sekarang, semua ada kesan sampingan. Yang membezakannya sama ada kesan sampingan itu serius atau tidak serta berapa kerap kita mendapat kesan sampingan setelah mengambil sesuatu rawatan atau sesuatu ubat.
Berdasarkan data di laman web KKMNOW setakat 11.59 malam semalam, sejumlah 16,296,721 atau 49.9 peratus daripada populasi negara ini telah mengambil dos penggalak pertama dan hanya 757,464 atau 2.3 peratus dari populasi sama memilih mendapatkan dos penggalak kedua.
Sementara itu, Pakar Perunding Kanan Pediatrik Datuk Dr Amar Singh HSS berpendapat perbincangan mengenai keperluan dos penggalak COVID-19 sepatutnya mengambil kira keseimbangan risiko dan faedah kepada rakyat.
"Keputusan untuk mendapatkan penggalak patut mengambil kira beberapa isu seperti pendedahan risiko, sejauh mana perlindungan tempat kerja anda atau ketika berjumpa orang lain dalam masyarakat, umur, kondisi kesihatan dan sikap anda sebelum ini terhadap vaksin.
"Oleh itu keputusan untuk mendapatkan penggalak adalah pilihan individu. Jika anda sudah berumur, mempunyai risiko terdedah dan komorbiditi kesihatan, lebih baik mendapatkan (dos) penggalak," katanya.
Senada dengan Dr Amar, Felo Akademi Sains Malaysia Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman mencadangkan agar mereka yang dikategorikan sebagai kumpulan berisiko tinggi untuk mengalami jangkitan serius dan kematian supaya mengambil dos penggalak.
"Saya sendiri telah mengambil kedua-dua dos penggalak... dengan perubahan varian baru yang kelihatan mudah menjangkiti walaupun tidak mendatangkan gejala berat, dos penggalak amat perlu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 22 2023

Masyarakat tidak perlu berasa ragu untuk mengambil dos penggalak khususnya dos penggalak kedua bagi melindungi diri mereka daripada terdedah daripada bahaya jangkitan COVID-19. - Gambar fail

Pantau Agenda Reformasi: Tiada lagi penjara seumur hidup ganti hukuman mati mandatori
Pantau Agenda Reformasi kali ini membincangkan dengan lebih lanjut mengenai tiada lagi penjara seumur hidup ganti hukuman mati mandatori bersama Peguam Bela dan Peguam Cara, Datuk Salehuddin Saidin.

Potensi terajui bidang kelestarian kawasan Tropika
Kerjasama antara kerajaan dan pihak swasta Singapura dan Malaysia boleh meletakkan kedua-dua negara berkenaan sebagai peneraju dalam usaha kelestarian, terutamanya di kawasan tropika. Menteri Pembangunan Nasional Singapura, Desmond Lee, mengalukan penyertaan syarikat luar, termasuk dari Malaysia terlibat dalam Plan Induk Bangunan Hijau 80-80-80, yang merupakan sebahagian daripada aspirasi Singapura ke arah pelepasan karbon sifar menjelang 2050.

Inflasi Malaysia kekal pada 3.7 peratus pada Februari
Indeks harga pengguna (IHP) Malaysia bagi Februari 2023 kekal pada 3.7 peratus.

Husam Musa dilantik Pengerusi SPNB baharu
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memaklumkan pelantikan Datuk Husam Musa sebagai Pengerusi SPNB yang baharu berkuat kuasa 22 Mac 2023.

SM Faisal, bekas isteri akan berunding selesai kes luar mahkamah
Emilia Hanafi dan bekas suaminya, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin akan berunding untuk menyelesaikan kes berhubung dakwaan wanita itu dicederakan oleh ahli perniagaan tersebut, di luar mahkamah.

Dua saksi beri keterangan, pengalaman dalam kem tahanan
Dua orang saksi Uyghur memberi keterangan kepada Jawatankuasa Pilihan di Kongress Amerika Syarikat mengenai kezaliman yang berlaku dalam kem tahanan Uyghur di China.

EU bekalkan sejuta peluru dalam tempoh 12 bulan bagi Ukraine
Kesatuan Eropah (EU) akan membekalkan sejuta peluru artileri kepada Ukraine dalam masa 12 bulan. EU juga akan mempercepatkan pengeluaran peluru tersebut dengan kerjasama industri terbabit.

1,500 bubur lambuk air tangan Permaisuri Agong diagihkan
Tahun ini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sekali lagi berkenan mencemar duli memasak resipi tradisi rakyat Pahang itu di pekarangan surau utama Istana Negara

Hong Kong kekal di kedudukan keempat Indeks Pusat Kewangan Sedunia
Hong Kong kekal di tangga keempat dalam ranking pusat kewangan antarabangsa, menurut Laporan Indeks Pusat Kewangan Sedunia.

Pegawai sukan ASEAN, persatuan bincang bida tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pegawai sukan ASEAN telah mengadakan perbincangan mengenai proses penyerahan bidaan bersama pada 2026 untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

COVID-19: Sambutan dos penggalak masih kurang memuaskan - Dr Zaliha
Sambutan orang ramai terhadap pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 masih kurang memuaskan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Vaksin COVID-19: Australia lancar dos penggalak kelima
Keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin.

Hanya 1.9 peratus populasi Johor dapatkan suntikan dos penggalak kedua
Peratusan individu di Johor yang mendapatkan suntikan dos penggalak kedua dilihat masih rendah iaitu 1.9 peratus daripada keseluruhan populasi rakyat di negeri ini.

Orang ramai ada sebab tersendiri lengkapkan dos penggalak COVID-19
Walaupun pengambilan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 tidak diwajibkan namun orang ramai yang secara sukarela mengambilnya mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

Vaksin COVID-19: FDA cadang pemberian tahunan
Pemberian vaksin tersebut disifatkan seperti pemberian suntikan vaksin influenza bertujuan untuk memudahkan strategi COVID-19.

Tidak perlu ragu untuk dapatkan dos penggalak - Pakar
Masyarakat tidak perlu berasa ragu untuk mengambil dos penggalak khususnya dos penggalak kedua bagi melindungi diri mereka daripada terdedah daripada bahaya jangkitan COVID-19.

Malaysia perlu pertingkat pengambilan dos penggalak
Satu lagi gelombang jangkitan COVID-19 dijangka tiba di negara ini bersama-sama kedatangan pelawat dari China.

COVID-19: MB Johor seru rakyat ambil dos penggalak kedua
Kadar pengambilan dos penggalak kedua di Johor masih lagi rendah iaitu pada kadar 1.9 peratus.

Selangor teruskan pemberian vaksin COVID-19, dos penggalak percuma bermula esok
Kerajaan Selangor akan meneruskan pemberian suntikan vaksin COVID-19 dan dos penggalak menerusi Program Pemberian Vaksin Covid-19 (SelVAX) secara percuma, bermula esok.

COVID-19: Tidak perlu ujian saringan sebelum masuk Thailand
Katanya, walaupun China mengalami lonjakan kes, namun semua pelancong yang memasuki negara ini sewajarnya menerima layanan saksama.