Seorang wanita maut selepas ditetak adik lelakinya sendiri di sebuah rumah di Jalan Indah 10, Jinjang Utara, di sini, pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy, pihaknya menerima aduan pada jam 7 malam daripada dua lelaki, seorang daripadanya merupakan anak mangsa.
“Pegawai penyiasat dan pihak ambulans telah bergegas ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan, namun penolong pegawai perubatan mengesahkan mangsa yang berusia lewat 30an telah maut di tempat kejadian.
“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,“ katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Shanmugamoorthy berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku di ruang tamu rumah pada pukul 6.30 petang ketika mangsa pulang dari kerja.
“Suspek yang berusia awal 30an telah mengamuk dan menetak kepala mangsa beberapa kali dengan menggunakan sebilah parang dan kapak.
“Hasil siasatan mendedahkan punca suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan pemilikan rumah yang diduduki oleh mangsa bersama keluarganya,” jelasnya.
Sehubungan itu, pihak polis telah menahan suspek dan merampas senjata yang digunakan di dalam kejadian.
Permohonan reman akan dibuat hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Afiezy Azaman
Sat Feb 22 2020
Polis mengangkat mayat wanita yang ditetak sehingga maut oleh adiknya sendiri di Jalan Indah 10, Jinjang Utara, ibu negara
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Guru besar mengaku tidak bersalah beri kontrak alat bantu mengajar pada isteri, adik lelaki
Tertuduh didakwa guna kedudukan meluluskan tender pembelian alat bantu mengajar dan peralatan bernilai RM36,466.15.
Perdana Menteri ucap takziah kepada Anwar atas pemergian adik
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga.
Tidak puas hati isu pemilikan rumah, adik tetak kakak hingga mati
Suspek yang berusia awal 30an telah mengamuk dan menetak kepala mangsa beberapa kali dengan menggunakan sebilah parang dan kapak.