[TIDAK RASMI] PRN Sabah: GRS pimpinan Muhyiddin menang, rampas Sabah daripada Warisan

Astro Awani
September 26, 2020 13:11 MYT
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 selepas memperoleh majoriti mudah berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga pukul 9 malam.
Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Hamzah Zainuddin dilaporkan berkata gabungan itu sudah memiliki kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu di Sabah.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan kekalahan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang dipimpin bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Ikuti perkembangan terkini PRN Sabah di sini
LAPOR LANGSUNG: Hari penentuan di Sabah
BERITA LANJUT MENYUSUL
#GRS menang #Hapus COVID-19 #Muhyiddin #PRN Sabah #Sabah #Sabah Memilih #Warisan