awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak tahan diserang, anak pukul bapa mabuk hingga maut

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
16/06/2020
00:21 MYT
Tidak tahan diserang, anak pukul bapa mabuk hingga maut
Pukulan anaknya terkena pada kepala dan beberapa anggota badan mangsa, menyebabkannya jatuh terguling ke arah kawasan bawah bukit. - Foto PDRM
Tidak tahan dipukul bapanya yang mabuk, seorang lelaki bertindak membalas pukulan itu dengan besi pengangkat kelapa sawit di kampung Ulu Teburi, Tungku, dekat sini, pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Talasai Kuyoh, 62 tahun, ditemukan mati di kebun sawit berhampiran rumahnya.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, suspek berusia 30 tahun itu diarahkan bapanya membeli batu jalan dan datang ke rumahnya di kebun kerana ada kerja hendak disiapkan.
"Setelah sampai di rumah mangsa, suspek terus ke dapur dan masak untuk bapanya. Sewaktu sedang memasak, mangsa memanggil anaknya ke bawah kolong.
"Mangsa yang sedang minum minuman keras memarahi anaknya dan berlaku perselisihan faham," katanya dalam satu kenyataan.
Jelas Nasri, mangsa kemudian mencapai parang dan melibas ke arah anaknya.
Suspek berlari ke arah lori berdekatan untuk menyelamatkan diri dan mengambil besi pengangkat sawit di bahagian pemandu.
"Mangsa terus mengejar sambil melibas parangnya ke arah suspek, namun suspek sempat mengelak serta membalas dengan memukulnya beberapa kali menggunakan besi tersebut.
"Pukulan tersebut terkena pada kepala dan beberapa anggota badan mangsa sebelum menyebabkannya jatuh terguling ke arah kawasan bawah bukit.
"Suspek melarikan diri ke rumah ibu saudara isterinya dan memberitahu perkara sebenar," kata Nasri.
Besi pengangkat sawit yang digunakan suspek antara yang dirampas polis. Foto PDRM
Besi pengangkat sawit yang digunakan suspek antara yang dirampas polis. Foto PDRM
Pada kira-kira pukul 2 petang, suspek ditahan ketua kampung dan beberapa penduduk sebelum diserahkan kepada pihak polis di Balai Polis Tungku, tambahnya.
Katanya, motif kejadian berpunca dari perselisihan faham dan suspek tidak tahan sering dimarah serta dimaki ketika mangsa mabuk.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jelas Nasri, polis turut merampas senjata yang digunakan dalam kejadian itu.
Topic Berkaitan
#besi pengangkat kelapa sawit
#bunuh bapa
#Kanun Keseksaan
#kebun sawit
#Lahad Datu
#mabuk
#mangsa
#marah anak
#Nasri Mansor
#parang
#pukul
#selisih faham
#suspek
#Tungku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan