awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan di tiga negeri bermula 5 Jan
Will Smith dituduh lakukan amang seksual terhadap pemain biola lelaki
Lelaki patah tangan, kaki kereta hilang kawalan rempuh bas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak timbul MP Bersatu berkecuali undi Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat - Faizal Azumu

Fareez Azman
Fareez Azman
18/09/2021
06:45 MYT
Tidak timbul MP Bersatu berkecuali undi Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat - Faizal Azumu
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan tidak timbul dakwaan Ahli Parlimen parti itu akan berkecuali dalam pengundian jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tidak timbul isu Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan berkecuali dalam pengundian Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, mengulas sedemikian susulan dakwaan terbabit.
Jelasnya, pemilihan jawatan itu telah ditangguhkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar baru-baru ini.
"Setakat sekarang, tidak salah saya, kita telah putuskan dalam persidangan (Dewan Rakyat) Menteri Parlimen dan Undang-Undang telah usulkan jawatan Timbalan Speaker ditangguhkan.
"Maka, tidak timbul Ahli Parlimen Bersatu akan berkecuali dalam perkara tersebut," katanya ketika ditemui Astro AWANI di Bukit Kiara pada Sabtu.
Sebelum ini, memetik laporan Sinar Harian, bahawa kesemua ahli Parlimen Parti Bersatu dijangka mengemukakan pendirian berkecuali dalam isu cadangan nama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai calon tunggal kerajaan untuk dilantik sebagai Timbalan Speaker Parlimen baharu.
Terdahulu, Dewan Rakyat pada Selasa bersetuju usul pemilihan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ditangguhkan pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-14.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum itu mengemukakan usul untuk menghentikan Peraturan Mesyuarat 6, Perkara 1 yang dijadual dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul pada Selasa.
Jelas Wan Junaidi, keputusan itu bagi membolehkan satu pindaan dibuat membabitkan Perkara 57(1)(b), iaitu membolehkan jawatan Timbalan Speaker yang ketiga diwujudkan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#Astro Awani
#Dewan Rakyat
#Malaysia
#Parlimen
#Perdana Menteri
#PPBM
#UMNO
#undang-undang
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#Ahmad Faizal Azumu
#politik
#ahli Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan