Lelaki Muslim yang tidak menunaikan solat Jumaat di Terengganu bakal berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun tidak lama lagi.
Ia susulan pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) Terengganu 2001 yang disokong sebulat suara oleh para Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menghadiri persidangan dewan hari ini.
Pindaan Seksyen 16 berkaitan perkara tidak menunaikan solat Jumaat dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri Ghazali Taib.
Selain pindaan Seksyen 16, beberapa pindaan lain turut dibuat iaitu Seksyen 19 (tidak menghormati Ramadan) dan Seksyen 53 (mengganggu perempuan di tempat awam). Ghazali mengemukakan cadangan pindaan itu kerana berpendapat enakmen itu mengangungi peruntukan yang sukar dilaksanakan dan dikuatkuasakan selain hukuman denda agak rendah dan tidak dapat memberi pengajaran serta kesedaran kepada masyarakat.
Bagi solat Jumaat, sebelum ini enakmen itu menetapkan mana-mana lelaki yang mukallaf yang tidak menunaikan solat Jumaat di masjid tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atas sebab yang munasabah boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.
Bagi kesalahan tidak menghormati Ramadan termasuk menjual makanan dan minuman kepada orang Islam serta makan secara terbuka, hukuman pindaan itu membabitkan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.
Sebelum ini, enakmen itu menetapkan jumlah denda sama dan penjara enam bulan sahaja.
Bagi perbuatan tidak sopan di tempat awam, pindaan itu melibatkan hukuman denda RM1,000 atau penjara dua tahun, berbanding hukuman sebelum ini membabitkan denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya.
Seksyen bagi pesalah yang mengganggu perempuan di tempat awam juga melibatkan penambahan hukuman penjara iaitu daripada enam bulan kepada maksimum dua tahun. Ketika membentangkan pindaan itu, Ghazali berkata ia dibuat bagi memudahkan kerja pegawai penguat kuasa, pendakwa syarie dan Mahkamah Syariah.
Katanya pindaan hukuman penjara daripada minimum enam bulan hingga maksimum satu tahun kepada minimum dua tahun hingga maksimum tiga tahun adalah untuk memberi kesedaran dan keinsafan kepada masyarakat. "Pindaan ini menunjukkan keprihatinan dan sokongan kerajaan negeri terhadap cadangan pindaan Akta 355 bagi memartabatkan Mahkamah Syariah khususnya di negeri Terengganu," katanya.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Anggota Parlimen Marang hari ini membawa usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat. Ia bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 24 2016
Pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) Terengganu 2001 yang disokong sebulat suara oleh para Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) diluluskan persidangan dewan hari ini. - Gambar hiasan
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
Ujian air kencing terhadap Zahnita Wilson kerana ada laporan berkaitan dadah
Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson dilakukan berikutan terdapat laporan berkaitan dadah membabitkan wanita itu.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Mohamad masih ADUN Rantau yang sah
Status Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai ADUN Rantau masih sah sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini.
Perbahasan DUN Selangor tegang
Datuk Teng Chang Khim melemparkan perkataan 'bodoh' buat kali kedua kepada ADUN BN selepas melakukan perkara yang sama pada persidangan DUN November tahun lalu.
Isu Bugis: ADUN BN nyatakan sokongan terhadap Sultan Selangor
Penyelaras ADUN BN Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata memorandum itu juga sebagai sokongan terhadap titah baginda yang menzahirkan kemurkaan terhadap kenyataan itu.
ADUN Tanjung Bungah dipancing parti lain
Teh, ADUN Tanjung Bungah, berkata beliau telah ditawarkan oleh Malaysian United Party dan Penang Front Party untuk menyertai mereka tetapi masih belum membuat keputusan.
ADUN BN persoal tujuan MPSP tidak patuh arahan
Tindakan MPSP menyimpan dan tidak menyerahkan wang kutipan caruman saliran itu bercanggah dengan Arahan Amanah yang menghendaki semua terimaan caruman saliran diakaunkan ke dalam Akaun Amanah Saliran.
Tiada ADUN BN Segamat jadi Ahli Majlis - Chua Tee Yong
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata dakwaan itu jelas merupakan satu fitnah yang sengaja ditimbulkan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Tidak tunai solat Jumaat di Terengganu boleh didenda, penjara dua tahun
Lelaki Muslim yang tidak menunaikan solat Jumaat di Terengganu bakal berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun tidak lama lagi.
Bapa ADUN direman tujuh hari bantu siasatan kes rasuah
Bapa seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang direman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes rasuah bagi mendapatkan rumah mampu milik di negeri ini.
Speaker DUN Perak bidas pihak hantar surat palsu Adun keluar parti
Datuk Seri S.K. Devamany membidas tindakan pihak yang cuba mencetuskan situasi 'huru-hara' dengan menghantar surat palsu ke pejabatnya.