KUALA LUMPUR: Gaji dan elaun Ahli Parlimen dan Senator perlu dibayar walaupun Parlimen tidak bersidang kerana tanggungjawab mereka di luar dewan berjalan seperti biasa.
Justeru, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim berkata tidak timbul isu Ahli Parlimen atau Senator tidak menjalankan kerja ketika Parlimen tidak bersidang dan gaji mereka perlu dipotong.
"Soal YB (Yang Berhormat) tak buat kerja tak timbul kerana 222 Ahli Parlimen (Dewan Rakyat) dan 66 orang (Senator) di Dewan Negara menjalankan kerja mereka di luar dewan, bukan di dalam dewan.
"Ini harus diterima. Jika ini tak dapat kita gambarkan, maka salah tanggapan itu.
"Oleh itu tugas mereka di luar dewan terus berjalan. Tidaklah wajar dipotong elaun atau gaji kecuali mereka sendiri mengatakan 'Potonglah gaji saya sekian banyak'.
"Ini soal perundangan," katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk 'Signifikan Parlimen Dalam Pembinaan Negara Bangsa' terbitan Bernama TV, pada Rabu malam.
Rais berkata demikian bagi menjawab pertanyaan seorang pemanggil mengenai kewajaran gaji dan elaun Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dipotong memandangkan Parlimen tidak bersidang buat masa ini.
Pada 12 Jan lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan hingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung pandemik COVID-19 di negara ini.
Bagaimanapun baru-baru ini, Istana Negara dalam kenyataannya menyatakan Al-Sultan Abdullah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.
Mengulas lanjut, Rais memberikan contoh tugasan di luar dewan Ahli Parlimen dan Senator termasuk bertemu dengan rakyat bagi menyalurkan bantuan yang diperuntukkan kepada mereka.
Dalam pada itu, beliau berkata persepsi Dewan Negara hanyalah sekadar rubber stamp, atau institusi yang hanya meluluskan undang-undang yang telah diluluskan di Dewan Rakyat adalah tidak benar.
Katanya, Dewan Negara pernah menolak beberapa akta seperti Undang-undang Racun Makhluk Perosak pada 2004 dan pindaan Akta Antiberita Tidak Benar pada 2018.
"Kalau Dewan Negara tak lulus di bawah Perkara 66 dan lain-lain, maka huru-hara dan negara tak ada undang-undang. Persepsi itu perlu dibetulkan.
"Saya akan cuba berperanan dengan rakan-rakan supaya imej itu dapat kita kembalikan dan terletak hendaknya ke persada bangsa dan negara," katanya.
Seorang lagi panel, Pakar Perlembagaan Persekutuan Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata Dewan Negara mempunyai kepentingan termasuk berfungsi menjaga kepentingan negeri-negeri dalam Malaysia.
"Dua ahli Dewan Negara dilantik dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) setiap negeri untuk menjaga isu-isu kebajikan negeri.
Selain itu, ia juga bagi menjaga kelompok kumpulan tidak diwakili oleh Dewan Rakyat seperti wakil Orang Asli, etnik Sabah dan Sarawak yang tidak menang atau tidak bertanding dalam pilihan raya," katanya.
Beliau seterusnya berkata tidak wajar mempertikaikan fungsi Dewan Negara dan rakyat negara ini selama ini juga kurang didedahkan dengan kepentingan sidang tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 10 2021
Tan Sri Rais Yatim berkata tidak timbul isu Ahli Parlimen atau Senator tidak menjalankan kerja ketika Parlimen tidak bersidang dan gaji mereka perlu dipotong. - Foto BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Perlombongan, perkuarian catat purata gaji dan upah bulanan tertinggi sebanyak RM5,623 pada 2023
Laporan Survei Gaji dan Upah 2023 menunjukkan perkembangan positif dalam bilangan penerima dan tahap gaji dan upah.
Gaji, upah rakyat Malaysia naik 6.9 peratus - DOSM
Jurang purata gaji dan upah antara negeri masih melebar apabila Putrajaya merekodkan purata RM4,858 manakala Kedah mencatatkan purata RM2,859.
Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.
Haaland bakal dapat lanjutan kontrak, gaji RM4 juta seminggu
Erling Haaland dilaporkan hampir untuk menandatangani lanjutan kontrak yang lumayan bersama Manchester City.
Kos tinggi pelaksanaan Dasar Gaji Progresif boleh diimbangi dengan bon kemahiran - Ahli Parlimen Belia
Majikan perlu berunding dengan pekerja untuk memastikan kos pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP) memberikan imbalan yang munasabah kepada syarikat.
Bruno Fernandes mahu naik gaji RM2.19 juta seminggu
Fernandes dikatakan bakal meninggalkan United walaupun pada musim lalu dia menjadi salah seorang pemain terbaik pasukan itu.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.
Tiada kompromi ke atas mana-mana pihak langgar hak pekerja - Steven Sim
tindakan tegas akan diambil terhadap majikan kerana setiap pekerja berhak ke atas gaji mereka dan ia bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan.
Kerajaan pertimbang cadangan gaji RM4,000 untuk graduan TVET
Cadangan itu antara yang diberi perhatian dalam usaha memperkasakan institusi TVET di Malaysia.