Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim hari ini menjelaskan tidak wujud percanggahan berhubung jumlah kutipan levi permit pekerja asing seperti yang dikemukakan di Dewan Rakyat baru-baru ini kerana ia merujuk kepada dua perkara berbeza.
Merujuk soalan Siti Mariah Mahmud (Amanah-Kota Raja) kepada Menteri Dalam Negeri pada 17 Mac, Alwi berkata jawapan jumlah kutipan levi permit pekerja asing yang diberikan ialah RM1.8 bilion pada 2011, 2012 (RM2.6 bilion), 2013 (RM2.4 bilion), 2014 (RM2.6 bilion) dan 2015 (RM2.2 bilion).
Beliau berkata jawapan yang diberikan itu merangkumi jumlah bayaran levi tahun pertama dan pembaharuan permit kerja pekerja asing, selaras dengan persoalan yang dibangkitkan anggota Parlimen Kota Raja itu.
"Setiap pekerja asing dikenakan levi sepanjang bekerja di negara ini.
"Levi tahun pertama akan dijelaskan oleh majikan sebelum pekerja asing dibenarkan memasuki negara untuk bekerja.
"Levi tahun kedua dan tahun-tahun seterusnya akan dikutip melalui pembaharuan Permit Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pada setiap tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Merujuk soalan Sim Chee Keong (DAP-Bukit Mertajam) pada 21 Mac yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah levi dan apa-apa penerimaan oleh kerajaan bagi pengimportan pekerja migran, Alwi berkata KDN berpandangan ia menekankan kepada pengimportan pekerja migran sahaja iaitu kemasukan pekerja asing baharu.
KDN juga berpandangan statistik yang dipohon tidak merangkumi pekerja asing yang sedia ada bekerja dan berada di dalam negara, katanya.
Alwi berkata angka yang dikemukakan dalam jawapan kepada soalan anggota Parlimen Bukit Mertajam itu adalah kutipan levi tahun pertama pekerja asing yang telah diluluskan dari tahun 2010 hingga 2015 sahaja.
Jumlah kutipan levi yang diberikan ialah 2010 (RM461 juta), 2011 (RM348 juta), 2012 (RM799 juta), 2013 (RM446 juta), 2014 (RM734 juta) dan 2015 (RM254 juta), katanya.
"Hasil levi yang dikemukakan tidak merangkumi jumlah kutipan levi daripada pembaharuan permit pekerja asing yang telah bekerja dan telah berada di dalam negara," katanya.
Bernama
Wed Mar 23 2016
Alwi (gambar) berkata jawapan yang diberikan itu merangkumi jumlah bayaran levi tahun pertama dan pembaharuan permit kerja pekerja asing. -Gambar fail
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Minit Ahmad Zahid lanjut kontrak bukan satu arahan - Bekas KSU KDN
Alwi Ibrahim berkata, berdasarkan catatan minit oleh Ahmad Zahid pada 18 Okt 2016 yang dihantar kepadanya, ia adalah satu persetujuan.
Bekas KSU KDN tidak puas hati Zahid lanjut kontrak UKSB terlalu awal
Beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang melanjutkan kontrak syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) bagi pelaksanaan sistem Visa Luar Negara (VLN) terlalu awal.
Mohd Zubil dilantik Ketua Pengarah APMM yang baharu
Pelantikan sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang kelima itu menyaksikan beliau dinaikkan pangkat kepada Laksamana Maritim daripada Laksamana Madya Maritim.
Pakatan Harapan kini sah
Perkara itu dimaklumkan dalam satu status dan beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh Facebook Harapan sebentar tadi.
KDN warta perintah larangan terhadap 21 penerbitan
Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata perintah larangan itu diwartakan melalui Warta Kerajaan P.U(A) 391 - 401 bertarikh 19 Dis 2017.
KDN larang 21 penerbitan
Kementerian Dalam Negeri mewartakan perintah larangan terhadap 21 penerbitan kerana mengandungi unsur-unsur yang mengelirukan umat Islam dan memudaratkan moral generasi muda.
KDN, KPT bekerjasama kekang penularan pengaruh Daish di IPT
Pihaknya sentiasa bekerjasama dengan kementerian dan agensi lain terutama dalam perkara membabitkan hal keselamatan negara.
Dakwaan kubur besar Rohingya di Perlis, KPN akan perjelas esok
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan membuat sidang media esok mengenai sebuah kubur besar yang dipercayai mengandungi hampir 100 mayat etnik Rohingya.
KDN batal lesen syarikat kawalan keselamatan
KDN membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank, Subang Jaya.