awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga ahli Geng Bacin direman tujuh hari bantu siasatan samun tiga kedai

Bernama
Bernama
09/05/2024
09:00 MYT
Tiga ahli Geng Bacin direman tujuh hari bantu siasatan samun tiga kedai
Antara barang rampasan susulan penangkapan anggota Geng Bacin. - Gambar/ PDRM
MELAKA: Tiga anggota Geng Bacin direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan tiga kes rompakan sekitar Melaka Tengah pada Isnin dan Selasa lepas.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata dua daripada suspek yang berumur 33 hingga 38 tahun itu merupakan bekas anggota polis, yang dibuang kerja pada 2021, manakala seorang bekerja sebagai pelukis pelan di sebuah jabatan kerajaan.
"Kesemua suspek ditahan antara 3 petang dan 7.30 malam di sekitar Tehel, Jasin pada 7 Mei selepas polis menerima tiga laporan berkaitan kes samun berkawan menggunakan senjata menyerupai sepucuk pistol melibatkan tiga premis kedai runcit dan beg.
"Kes samun itu dilaporkan berlaku di sekitar kawasan Telok Mas, Krubong dan Taman Tambak Paya Harmoni pada 6 dan 7 Mei lepas dengan anggaran kerugian RM1,150," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata polis turut merampas satu objek menyerupai pistol, parang dan pisau, dua kereta, sebuah motosikal, empat telefon bimbit pelbagai jenama.
Zainol berkata siasatan awal mendapati semua suspek mempunyai rekod kesalahan jenayah, dan ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah jenis Methamphetamine.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes samun
#geng bacin
#Melaka
#Zainol Samah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan