awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga aktivis Mapim gagal dikesan di Myanmar

Astro Awani
Astro Awani
21/02/2014
04:01 MYT
Tiga aktivis Mapim gagal dikesan di Myanmar
Tiga aktivis Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang sedang dalam misi kemanusiaan membantu masyarakat Rohingya di wilayah Rakhine di barat Myanmar dipercayai ditahan oleh pihak berkuasa negara itu pada Khamis.
Berita penahanan itu mula tersebar melalui beberapa mesej di Twitter awal hari ini.
Last night More Than 100 Buddhist Rakhine Extremists were surrounded to attack 3 Malaysians in #Sittwe https://t.co/txJiPDTqtx @ingrx @hrw
— Soe Thu Moe (@Sthumoe) February 21, 2014
MAPIM #Malaysia charity was arrested in #Sittwe for helping #Rohingya @anwaribrahim
— trond (@ingrx) February 20, 2014
Jurucakap MAPIM yang dihubungi oleh Astro AWANI awal hari ini mengesahkan maklumat itu namun enggan mendedahkan identiti mereka yang ditahan.
"Kita masih berunding dengan pihak keselamatan di Myanmar (untuk membebaskan tiga aktivis itu)," kata jurucakap berkenaan.
Sementara itu, Wisma Putra telah mengesahkan ketiga-tiga semua selamat dan akan dibawa keluar ke Yangon.
Tiga aktivis itu dipercayai berada di sebuah kem pelarian di Sittwe dan dilaporkan dikepung oleh kumpulan ekstremis beragama Buddha sebelum ditahan pihak oleh pihak berkuasa.
Keganasan agama mula meletus di barat Rakhine sejak 2012, apabila beratus-ratus orang maut dalam pertempuran antara penduduk Buddha dan Islam yang menyebabkan kira-kira 140,000 lagi, terutama minoriti Islam terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.
Rusuhan akibat pertemburan antara Rohingya dan Rakhine menyebabkan penduduk Islam menjadi sasaran termasuk Kaman, etnik berbeza dari Rohingya.
Dianggarkan lima peratus daripada 60 juta penduduk Myanmar beragama Islam.
Menurut laporan sebelum ini, kerajaan Myanmar bersama sami Buddha melakukan penghapusan etnik Rohingya selepas 125,000 penduduk Islam terpaksa lari dari rumah di Rakhine dan kubur mangsa yang dibunuh beramai-ramai ditemui.
Dakwaan itu dibuat pertubuhan hak asasi manusia Human Rights Watch (HRW) yang melaporkan bahawa penduduk Rohingya yang tidak diiktiraf sebagai rakyat Myanmar berhadapan dengan jenayah kemanusiaan termasuk pembunuhan, penindasan, pengusiran dan dipaksa berpindah.
Selain itu, 180 orang mati dalam dua keganasan etnik di Rakhine sejak Jun 2012, kata angka rasmi tetapi HRW percaya angka sebenar mungkin lebih tinggi.
Dalam laporan berdasarkan 100 temu bual, HRW mendapat bukti empat kawasan kubur besar di Rakhine dan menuduh pasukan keselamatan memusnahkan bukti pembunuhan.
Topic Berkaitan
#MAPIM
#Myanmar
#Rohignya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan