NATIONAL

Tiga anak kapal warga Indonesia diculik di perairan Lahad Datu

Ridzal Abdullah 10/07/2016 | 03:50 MYT
Kapal pukat tunda mangsa yang diculik di kawasan perairan Felda Sahabat malam tadi. - Foto PDRM
Tiga lelaki warga Indonesia yang berkerja sebagai anak kapal pukat tunda dipercayai diculik di kawasan perairan Felda Sahabat 16 di sini, sekitar jam 11 malam tadi.

Bagaimanapun empat orang lagi rakan mereka ditinggalkan di kapal tersebut.

Suspek dikatakan terdiri daripada lima orang yang bersenjata api menggunakan bot berwarna putih serta bertutur dalam bahasa Melayu dengan loghat Suluk.

Empat orang lagi rakan mereka ditinggalkan di kapal tersebut. - Foto PDRM

Ketika kejadian, mangsa dipercayai menjalankan aktiviti menangkap ikan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun dijangka mengadakan sidang media pada jam 1 petang ini di Ibupejabat Polis Daerah Lahad Datu.



#culik #felda sahabat #Lahad Datu #Sabah