Kesemua mereka ditahan dalam operasi dilaksanakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang di Nilai, Negeri Sembilan, Johor Bahru, Johor dan Kuala Lumpur.
Tiga anggota berkenaan, termasuk seorang wanita yang berusia lingkungan 40-an, dipercayai terlibat membawa masuk warga asing tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa di pintu masuk negara bermula tahun 2021 hingga 2024.
Sindiket itu, dipercayai meraih wang rasuah jutaan ringgit yang turut diagihkan kepada anggota imigresen yang lain malah mereka didakwa menjadi 'tali barut' bagi melepaskan kumpulan warga asing yang tiba tanpa melalui prosedur ditetapkan menerusi modus operandi 'counter setting' di KLIA 1 dan 2.
Susulan tangkapan anggota imigresen terbabit, SPRM turut merampas sejumlah barang kemas, wang tunai dan sedang memeriksa beberapa akaun bank dipercayai ada kaitan dengan mereka.
Ketiga-tiga direman bermula hari ini hingga 21 April bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang Mohd Shukor Mahmud mengesahkan penahanan terbabit.
-- BERNAMA
