awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga anggota polis antara ditahan disyaki kurung dan peras ugut lelaki warga asing

Bernama
Bernama
13/11/2023
11:42 MYT
Tiga anggota polis antara ditahan disyaki kurung dan peras ugut lelaki warga asing
Semua yang ditahan direman selama dua hari dan telah dibebaskan dengan jaminan polis. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Polis menahan tiga anggotanya pada Jumaat lepas kerana disyaki memeras ugut dan mengurung seorang lelaki warga asing.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ketiga-tiga anggota berpangkat rendah berusia 28 hingga 34 tahun itu ditahan di pejabat operasi Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada pukul 9.30 malam.
"Pada hari yang sama juga polis turut menahan tiga orang awam berusia 30-an kerana dipercayai terlibat dalam perbuatan itu di sekitar Gombak dan sedang mengesan tiga lagi individu yang masih bebas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata lelaki warga Bangladesh itu merupakan seorang pelajar di sebuah universiti awam berusia 20 tahun dan pada Rabu lepas telah menghubungi bapa saudaranya meminta untuk diselamatkan dengan membawa sejumlah wang dan melarangnya untuk membuat laporan polis.
Hussein berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan peras ugut dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana melakukan kurungan salah.
"Semua yang ditahan direman selama dua hari dan telah dibebaskan dengan jaminan polis dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota polis ditahan
#Ketua Polis Selangor
#ugut warga asing
#Hussein Omar Khan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan