Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka telah menahan tiga anggota polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM6,000.
Kesemua suspek termasuk seorang Ketua Polis Balai (OCS) berusia 57 tahun ditahan lewat petang Selasa dalam serbuan di sebuah balai polis di Melaka.
Menurut sumber, dalam serbuan tersebut, wang rasuah berjumlah RM6,000 ditemukan disimpan dalam pejabat suspek sebagai wang perlindungan agar tiada tindakan diambil terhadap pemilik perniagaan yang melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Difahamkan, suspek turut meminta pemilik perniagaan untuk membayar wang perlindungan sebanyak RM1,000 setiap bulan agar perniagaannya tidak diganggu atau diambil tindakan.
Kesemua suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Pengarah SPRM Melaka, Awang Koko Ahmad Taufik Putra Awang Ismail mengesahkan tangkapan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.
Astro Awani
Wed Aug 12 2020

Ketiga-tiga suspek ditahan dalam serbuan pada lewat petang Selasa. - Gambar fail

Kenderaan mikro mobiliti: KKR bantu sediakan sebarang keperluan MOT - Fadillah
KKR akan mempertimbangkan sekiranya terdapat keperluan menyediakan jalan baharu khusus buat laluan kenderaan mikro mobiliti.
![[TERKINI] Kes Yayasan Akalbudi | Tiada sesen pun dana dari kerajaan, pembayar cukai - Ahmad Zahid [TERKINI] Kes Yayasan Akalbudi | Tiada sesen pun dana dari kerajaan, pembayar cukai - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1968247/14500335691653292328610_640x360.jpg)
[TERKINI] Kes Yayasan Akalbudi | Tiada sesen pun dana dari kerajaan, pembayar cukai - Ahmad Zahid
Dana Yayasan Akalbudi datang dari wang sendiri, serta hasil derma individu dan kumpulan tertentu, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ketika memberi keterangan sebagai saksi pertama pembelaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata yayasan tersebut tidak pernah menerima dana baik dari kerajaan, mahupun pembayar cukai.

RM1.9 bilion bayaran balik pinjaman diterima berakhir 30 Apr lalu - PTPTN
Jumlah itu merupakan bayaran oleh peminjam yang menikmati insentif diskaun bayaran balik pinjaman berjumlah RM206.89 juta.

TMJ cabar Sanusi dedah individu 'kawal' Liga Malaysia
TMJ menggesa Muhammad Sanusi agar menceritakan segala-galanya serta mendedahkan identiti individu yang dimaksudkan oleh beliau.

KKR teliti cadangan bina lebuh raya baharu di Lembah Klang - Fadillah
Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang meneliti beberapa cadangan daripada pihak swasta berhubung pembinaan lebuh raya baharu di Lembah Klang.

Tabung Pendidikan Negeri Sabah dilancar Jun depan - Hajiji
Hajiji memaklumkan, Kerajaan negeri akan melancarkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bulan depan.

Najib, Shafee gagal dapat kebenaran merayu untuk gugurkan Sri Ram
Mereka gagal dalam usaha untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada pasukan pendakwaan.

Trafik antarabangsa di rangkaian lapangan terbang tempatan melonjak 53 peratus - MAHB
Purata 23,000 pergerakan penumpang antarabangsa setiap hari, dengan trafik memuncak melebihi 30,000 semasa cuti perayaan Aidilfitri.

Aktiviti berbasikal: Waspada laluan jalan curam di laluan Simpang Pulai - Cameron Highlands
Laluan Simpang Pulai - Cameron Highlands sememangnya sesak dengan kenderaan selain curam.

Rogol anak tiri, pemuda OKU dipenjara 15 tahun, 10 sebatan
Kesalahan itu dilakukan dalam bilik tidur mangsa di sebuah rumah di Bukit Katil, Melaka pada jam 2 pagi, 19 Februari 2020 lalu.

Tiga anggota polis termasuk ketua balai ditahan SPRM
Kesemua suspek termasuk seorang Ketua Polis Balai (OCS) berusia 57 tahun ditahan lewat petang Selasa dalam serbuan di sebuah balai polis di Melaka.