awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
217 Taman Rekreasi MADANI siap, 100 lagi disasar tahun ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga anggota tentera maut dalam kemalangan di Gurun

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
02/02/2024
04:34 MYT
Tiga anggota tentera maut dalam kemalangan di Gurun
Tiga mangsa anggota tentera berusia antara 30-an hingga 40-an dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto JBPM
GURUN: Tiga anggota tentera maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah trak tentera dengan sebuah lori di Kilometer 77.5, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini pada Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali berkata, kesemua anggota tentera yang maut berusia berusia 30 hingga 40-an.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 10.22 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Awa Suziana Abd Wahid bersama 10 anggota dan bantuan enam anggota dari BBP Pendang tiba di lokasi tidak lama kemudian.
Foto JBPM
Foto JBPM
"Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan melalui MERS 999 memaklumkan terdapat kemalangan jalan raya di lokasi kejadian.
"PGO mengarahkan sebuah jentera, EMRS BBP Guar Chempedak dan sebuah jentera dari BBP Pendang ke lokasi kejadian.
"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melaporkan setibanya di lokasi, terdapat empat buah kenderaan terbabit dalam kemalangan di lokasi yang membabitkan tiga buah trak tentera lima tan dan sebuah lori Isuzu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Foto JBPM
Foto JBPM
Mohd Fauzi berkata, PKO melaporkan terdapat empat mangsa iaitu seorang pemandu lori Isuzu berusia 31 tahun yang mengalami kecederaan di kepala dan mengalami patah di bahagian badan dan berjaya dikeluarkan anggotanya sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dengan menaiki EMRS.
Beliau berkata, tiga lagi mangsa iaitu anggota tentera berusia antara 30-an hingga 40-an dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian selepas disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Komander Operasi melaporkan keadaan operasi terkawal dan anggotanya melakukan pembersihan sisa-sisa kemalangan.
"Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan kejadian dan laporan lengkap akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat.
Topic Berkaitan
#tiga anggota tentera maut
#kemalangan
#trak tentera
#Gurun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan