MALAYSIA
Tiga bekas wakil rakyat failkan saman pemula terhadap Speaker, DUN Perlis
Tindakan ini diambil selepas Rus'eizan mengumumkan kekosongan tiga kerusi DUN secara tiba-tiba.
KANGAR: Tiga bekas wakil rakyat hari ini memfailkan saman pemula terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Rus'sele Eizan kerana mengisytiharkan kekosongan luar jangka bagi kerusi yang diwakili mereka.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Saman itu difailkan oleh peguam Mohd Jamil Yaacob daripada Tetuan Srihana Mohamad & Partners di Mahkamah Tinggi Kangar, dengan menamakan Rus’sele sebagai defendan pertama dan Dewan Undangan Negeri Perlis sebagai defendan kedua.
Pada 25 Dis lepas, Rus'sele mengumumkan berlaku kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Chuping, DUN Bintong dan DUN Guar Sanji selepas keahlian tiga wakil rakyatnya daripada PAS terhenti serta-merta selaras dengan Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.
Mereka ialah Saad Seman, Fakhrul Anwar Ismail dan Mohd Ridzuan Hashim.
Mereka memohon deklarasi mahkamah bahawa pengumuman yang dibuat Rus'sele adalah di luar aturan, terbatal, tidak sah dan defektif, serta relief atau perintah lain.
Sementara itu, ketiga-tiga ADUN dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tindakan tersebut diambil demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat di kawasan masing-masing yang tidak akan mempunyai wakil rakyat untuk tempoh dua tahun bagi membela nasib mereka sebelum berlangsung pilihan raya negeri semula.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Tiga bekas wakil rakyat memfailkan saman pemula terhadap Speaker DUN Perlis Rus'eizan berkenaan pengisytiharan kekosongan luar jangka bagi tiga kerusi DUN yang mereka wakili.
- Peguam mereka menamakan Rus'eizan dan Dewan Undangan Negeri Perlis sebagai defendan pertama dan kedua dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kangar.
- Tindakan ini diambil selepas Rus'eizan mengumumkan kekosongan tiga kerusi DUN secara tiba-tiba, menyebabkan ketiga-tiga wakil rakyat PAS terhenti serta-merta, menyebabkan ketiadaan wakil rakyat bagi kawasan tersebut sehingga pilihan raya negeri semula diadakan.
Saman itu difailkan oleh peguam Mohd Jamil Yaacob daripada Tetuan Srihana Mohamad & Partners di Mahkamah Tinggi Kangar, dengan menamakan Rus’sele sebagai defendan pertama dan Dewan Undangan Negeri Perlis sebagai defendan kedua.
Pada 25 Dis lepas, Rus'sele mengumumkan berlaku kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Chuping, DUN Bintong dan DUN Guar Sanji selepas keahlian tiga wakil rakyatnya daripada PAS terhenti serta-merta selaras dengan Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.
Mereka ialah Saad Seman, Fakhrul Anwar Ismail dan Mohd Ridzuan Hashim.
Mereka memohon deklarasi mahkamah bahawa pengumuman yang dibuat Rus'sele adalah di luar aturan, terbatal, tidak sah dan defektif, serta relief atau perintah lain.
Sementara itu, ketiga-tiga ADUN dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tindakan tersebut diambil demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat di kawasan masing-masing yang tidak akan mempunyai wakil rakyat untuk tempoh dua tahun bagi membela nasib mereka sebelum berlangsung pilihan raya negeri semula.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah yang memfailkan saman pemula terhadap Speaker DUN Perlis?
A: Peguam Mohd Jamil Yaacob daripada Tetuan Srihana Mohamad & Partners. - Q: Apakah sebab kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Chuping, DUN Bintong, dan DUN Guar Sanji?
A: Keahlian tiga wakil rakyat dari PAS terhenti serta-merta. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh tiga bekas wakil rakyat terhadap pengumuman Rus'sele?
A: Mereka memohon deklarasi mahkamah bahawa pengumuman Rus'sele adalah di luar aturan, terbatal, tidak sah dan defektif. - Q: Berapa tempoh yang disebutkan tiga bekas wakil rakyat tidak akan mempunyai wakil rakyat bagi kawasan masing-masing?
A: Mereka tidak akan mempunyai wakil rakyat selama dua tahun sebelum berlangsung pilihan raya negeri semula. - Q: Apakah kawasan DUN yang terjejas oleh kekosongan luar jangka tersebut?
A: DUN Chuping, DUN Bintong, dan DUN Guar Sanji.
#saman pemula
#Rus'sele Eizan
#Speaker DUN Perlis
#Mohd Ridzuan Hashim
#Fakhrul Anwar Ismail
#Saad Seman