awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga beradik dirantai kaki, dua termasuk ibu mangsa ditahan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
25/03/2023
06:00 MYT
Tiga beradik dirantai kaki, dua termasuk ibu mangsa ditahan
Polis menahan seorang wanita bersama seorang lelaki bagi menyelesaikan siasatan berkaitan tiga beradik dipercayai mangsa dera di Jalan Kampung Tambun Tulang, Kangar. - Gambar fail
KANGAR: Tiga remaja dipercayai mangsa dera ditemukan orang awam di Jalan Kampung Tambun Tulang, Simpang Empat kira-kira jam 11.55 malam pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusof, dua daripada mangsa yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) dirantai di bahagian kaki ketika ditemui.
"Seorang lelaki memberitahu ada terjumpa tiga kanak-kanak lelaki dirantai di kaki berada di tepi titi Jalan Kampung Tambung Tulang, menghala ke Utan Aji.
"Hasil siasatan awal mendapati dua kanak-kanak lelaki telah dirantai bersama di bahagian kaki, manakala seorang lagi kanak-kanak tidak dirantai dijumpai oleh orang awam yang melalui kawasan itu," jelasnya.
Pemeriksaan mendapati, ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan berusia lingkungan 14 hingga 16 tahun dan merupakan adik-beradik.
Dua daripada mereka mempunyai kad Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui dengan keadaan kaki dirantai.
"Tiga kanak-kanak lelaki ini adalah adik beradik berumur lingkungan 14 hingga 16 tahun. Dua daripada kanak-kanak ini memiliki kad OKU.
"Kanak-kanak ini dipercayai telah dikurung dan dirantai di dalam rumah oleh ibu mereka yang tidak tinggal bersama mereka.
"Kanak-kanak ini telah melarikan diri dari rumah dipercayai kerana tidak tahan diperlakukan sedemikian.
"Lain-lain maklumat belum diperolehi kerana mereka enggan bercakap," jelasnya lagi.
Kesemua mangsa telah menjalani pemeriksaan di Hospital dan didapati dalam keadaan stabil serta tidak menunjukkan sebarang trauma atau ketakutan.
Ibu kepada ketiga-tiga mangsa berusia 46 tahun ditahan bersama seorang lelaki berusia 31 tahun bagi membantu siasatan.
Keterangan awal terhadap suspek mendapati, tindakan itu dibuat oleh ibunya kerana sikap ketiga-tiga mangsa yang sukar dikawal.
"Hasil keterangan awal ibu kepada remaja itu menyatakan sikap ketiga-tiga anak ini agak sukar dikawal oleh ibunya.
"Kerana itu ibunya bertindak merantai kanak-kanak tersebut," jelasnya.
Bagaimanapun kedua-dua suspek jelas Yusharifuddin akan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Topic Berkaitan
#didera ibu sendiri
#tiga beradik
#Jalan Kampung Tambun Tulang
#dua ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan