Skip to main content

Malaysia

Tiga beranak maut dalam kebakaran rumah di Kluang

[TB]_maut kebakaran rumah Kluang 2_Bomba
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat tiga mangsa terperangkap di dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan. - Foto JBPM
Advertisement

KLUANG: Tiga beranak maut selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Titiwangsa di sini, lewat Rabu malam.

Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Noraini Ibrahim, 49, serta dua anak lelakinya, Khairul Nurhaziqq Khairul Nizam, 18, dan Khairul Nurhadiff Khairul Nizam, 11.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Jusoh Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.44 malam sebelum jentera tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian.

Menurutnya, setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah rumah teres dua tingkat sedang marak terbakar dengan kira-kira 50 peratus struktur kediaman itu musnah dijilat api.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat tiga mangsa terperangkap di dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan.

"Semua mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mayat ketiga-tiga mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang bagi tindakan lanjut.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement