awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
KPKM laksana kajian khusus nilai struktur beras negara lindungi pesawah, pengguna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga beranak maut dalam kemalangan babit tiga kenderaan di Rompin

Ifti Femida
Ifti Femida
11/04/2022
09:47 MYT
Tiga beranak maut dalam kemalangan babit tiga kenderaan di Rompin
Keadaan kereta kancil yang remuk teruk akibat kemalangan membabitkan dua kenderaan di Batu 3 Jalan Rompin-Kuantan dekat sini 1.27 tengah hari tadi. - Foto JBPM
ROMPIN: Tiga beranak maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 128 Jalan Kuantan-Johor Bahru dekat sini tengah hari tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohamad Daud berkata, kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi telah meragut nyawa suri rumah yang juga pemandu kereta Kancil, Nur Rawiyah Abu Samah, 25.
"Turut maut ibu Nur Rawiyah, Saripah Ab Malek, 59 serta bapanya, Abu Samah Mohamed, 74. Kesemua mangsa beralamat di Kampung Gading, Jalan Muadzam Shah di sini.
"Seorang kanak-kanak yang juga penumpang kereta Kancil, Muhammad Harraz Mikhael Shafiq Hayqal berusia 1 tahun lebih tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah van kurier yang dipandu Syed Muhammad Fikri Syed Zainal Abidin, 24, sedang dalam perjalanan dari Leban Chondong ke arah Kuala Rompin telah hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan.
"Kejadian itu telah mengakibatkan van berkenaan bertembung dengan sebuah lori yang dipandu Mohd Nazri Mohamed, 49 serta kereta Kancil yang dinaiki empat beranak tersebut.
"Akibat perlanggaran berkenaan menyebabkan tiga mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu van patah bahu dan cedera di kaki. Pemandu lori pula mengalami luka di tangan kanan," katanya.
Kamarulzaman berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati keadaan jalan lurus dan berturap tar, sistem jalan dua lorong dua hala, terdapat garisan putus-putus sebagai pembahagi jalan dan cuaca baik dan permukaan jalan kering semasa kejadian kemalangan berlaku.
"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di atas kecuaian pemandu van kerana gagal mengawal kenderaan dan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,"katanya.
Kamarulzaman berkata, mayat mangsa yang tersepit dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba sebelum dihantar ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat.
Topic Berkaitan
#tiga beranak maut
#Rompin
#kemalangan
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan