awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
33 penyokong Selangor FC direman bantu siasatan cetus kekecohan
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga beranak maut kemalangan di LPT

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
19/11/2022
12:32 MYT
Tiga beranak maut kemalangan di LPT
Tiga beranak termasuk seorang bayi maut selepas kenderaan pikap dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 200.5 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan, hari ini. - Foto ihsan JBPM
KUANTAN: Tiga beranak termasuk seorang bayi maut selepas kenderaan pikap dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 200.5 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mereka yang maut ialah pasangan suami isteri, Mohamad Shafiq Zailani, 33 dan Faeiznoor Mansor, 32, masing-masing meninggal dunia di tempat kejadian.
"Bayi lelaki pasangan itu yang berusia 10 bulan, Daryan Marwa pula meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
"Tiga anak mangsa yang terselamat namun mengalami kecederaan ialah Mohamad Danish Uqasha 9, Dhia Medina, 5 dan Damiaa Melissa, 2," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pikap jenis Ford Ranger berlaku kira-kira 4 petang.
Katanya, siasatan awal mendapati, kenderaan yang dipandu Mohamad Shafiq dari Bandar Jengka, Maran menghala ke Kuantan.
"Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar pokok di bahu jalan.
"Akibat kemalangan, pemandu dan penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian manakala bayi lelaki berusia 10 bulan disahkan meninggal dunia di HTAA , Kuantan.
"Tiga lagi anak pasangan yang cedera dibawa ambulans ke HTAA untuk menerima rawatan lanjut," katanya lagi.
Wan Mohd Zahari berkata, kes kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, seramai tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, di sini dikejarkan ke lokasi kemalangan.
"Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya.
Topic Berkaitan
#tiga beranak maut
#kemalangan di LPT
#Polis Daerah Kuantan
#Mohamad Shafiq Zailani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan