awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga beranak maut kereta dihempap pokok

Bernama
Bernama
06/08/2023
02:20 MYT
Tiga beranak maut kereta dihempap pokok
Tiga beranak maut selepas kenderaan yang mereka naiki dihempap pokok dalam kejadian berdekatan Kampung Bukit Cina, Kok Lanas, Kota Bharu, malam tadi. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Tiga beranak maut selepas kenderaan yang mereka naiki dihempap pokok dalam kejadian berdekatan Kampung Bukit Cina, Kok Lanas, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian itu Nik Mohd Zulmi Ramli, 44, dan Nik Amirah Ab Rahman, 40, serta anak bongsu mereka Nik Aishah Azzahra, 5, maut di tempat kejadian, manakala dua lagi anak pasangan itu Nik Adilia Zulaikha, 11, serta Nik Adam Zarif, 9, terselamat dan dibawa ke Hospital Machang untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Mohd Roslan Omar berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian itu pada 8.06 malam.
"Kejadian membabitkan dua kenderaan iaitu Nissan Sentra dan Honda City dihempap pokok melibatkan 10 mangsa. Tiga mangsa tersepit di dalam kereta Nissan Sentra disahkan meninggal dunia, manakala dua lagi selamat.
"Lima mangsa iaitu tiga lelaki dan dua wanita di dalam kereta Honda City juga selamat," katanya.
Sementara itu, adik ipar mangsa, Muhammad Ridha Abdullah, 35, berkata Nik Amirah dan Nik Mohd Zulmi ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kok Lanas selepas selesai mengemas rumah ibu mereka di Ketereh.
"Pasangan tersebut mengambil keputusan untuk mengemas rumah ibu mereka iaitu Amnah Ismail, 64, yang berada di Kuala Lumpur dan dijangka pulang ke Kelantan hari ini.
"Selepas siap mengemas dan mengambil anak-anak mereka yang ke pesta buku di sebuah pasar raya di sini, mereka makan malam terlebih dahulu. Malang tidak berbau, ketika dalam perjalanan untuk pulang ke rumah kereta Nissan Sentra yang dinaiki mereka dari arah Machang ke Kota Bharu dihempap pokok," katanya kepada Bernama hari ini.
Muhammad Ridha berkata, Nik Amirah bekerja di Jabatan Audit Negara, Tunjong manakala Nik Mohd Zulmi berkhidmat di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pasir Mas. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#tiga beranak maut
#kereta dihempap pokok
#Kampung Bukit Cina
#Bomba Ketereh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan