awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga daerah di Sarawak dilanda banjir kilat, 363 mangsa dipindahkan

Astro Awani
Astro Awani
13/01/2021
05:32 MYT
Tiga daerah di Sarawak dilanda banjir kilat, 363 mangsa dipindahkan
Setakat jam 1 petang ini, seramai 363 mangsa banjir daripada 140 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak. FOTO: APM
KUCHING:Beberapa daerah di Sarawak kini dilanda banjir kilat apabila hujan tanpa henti sejak 24 jam yang lalu.
Antara daerah yang terjejas ialah Kuching, Miri, dan Serian.
Setakat jam 1 petang ini, seramai 363 mangsa banjir daripada 140 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak.
Menurut Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri, Henderi Ardimansyah, PPS tersebut ialah empat di Kuching sementara masing-masing satu di Serian dan Miri.
Pihak APM membantu mempersiapkan PPS untuk mangsa banjir.
Pihak APM membantu mempersiapkan PPS untuk mangsa banjir.
Angka mangsa banjir tertinggi dicatatkan di daerah Kuching, dengan 333 mangsa daripada 132 keluarga dan melibatkan empat buah kampung.
BACA: Kuching dilanda banjir kilat awal pagi
Operasi pemindahan dan penyelamatan mangsa turut dibantu Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi memastikan PPS dan khemah yang digunakan selamat serta mematuhi SOP COVID-19.
ADUN Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman membuat tinjauan persiapan PPS di Dewan Serbaguna Taman Malihah.
ADUN Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman membuat tinjauan persiapan PPS di Dewan Serbaguna Taman Malihah.
Terdahulu hujan lebat luar biasa melanda seluruh negeri itu dalam tempoh 24 jam mengakibatkan beberapa kawasan rendah dinaiki air terutama kawasan berhampiran tebingan sungai.
Antara PPS terlibat ialah PPS Dewan Kampung Betong Kenawit, Dewan Serbaguna Kampung Batu 1, Balai Raya Taman Desa Wira dan Dewan Serbaguna Taman Malihah.
Topic Berkaitan
#banjir di Sarawak
#daerah terjejas banjir di Sarawak
#situasi banjir terkini
#pemindahan mangsa banjir
#jumlah PPS di Sarawak
#hujan lebat di Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan