MELAKA: Tiga orang termasuk sepasang suami isteri menjadi individu pertama di negara ini ditahan menurut Akta Kesalahan Yang Berhubung Dengan Anugerah 2017, selepas dipercayai menggunakan gelaran 'Datuk' dan 'Datin' palsu, selain menganjurkan majlis makan malam persatuan elit dan Gabungan Datuk-Datuk Malaysia (GDDM).
Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, kesemua mereka ditahan di Bangi, Selangor pada 30 Januari lalu bagi membantu siasatan menurut Seksyen 12(2) akta itu yang memperuntukkan hanya penganugerahan di peringkat negeri dikurniakan Sultan, Raja atau Yang Dipertua Negeri daripada 13 negeri di Malaysia diiktiraf dan boleh digunakan untuk urusan rasmi.
Katanya pasangan suami isteri berusia 49 dan 43 tahun terbabit dipercayai pengasas dan sekretariat gabungan sementara seorang lagi suspek yang berumur 57 tahun berperanan sebagai pegawai seranta gabungan.
Menurut beliau, majlis yang diadakan di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah, Bandaraya Melaka pada Ogos tahun lepas itu dihadiri kira-kira 120 peserta dan pemantauan mendapati terdapat tetamu yang memakai pakaian istiadat serta darjah kebesaran datuk yang tidak diiktiraf.
"Siasatan awal juga mendapati suspek utama yang merupakan ahli perniagaan, telah mengetuai gabungan tersebut dan watikah serta gelaran yang diterima mereka adalah palsu dipercayai dianugerahkan oleh pihak digelar 'Soltan Keradjaan Indragiri' berpangkalan di negara jiran," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Menurut Abdul Majid, semakan mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod sebagai penerima Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP) dan Darjah Kebesaran Negeri (DKBPN).
Beliau berkata pihaknya turut mendapatkan kerjasama daripada Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya untuk pengesahan anugerah darjah kebesaran.
"Pihak kita juga telah merampas barangan seperti sijil watikah, surat kesultanan, senarai penerima darjah kebesaran dan pingat, lambang adat dan istiadat datuk serta kelengkapan pakaian istiadat dan kebesaran," katanya.
Katanya, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan selepas dipercayai ada individu yang hadir pada majlis itu menggunakan gelaran Datuk yang tidak diiktiraf bagi melakukan penipuan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 04 2021

ABDUL MAJID: Semakan mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod sebagai penerima Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Persekutuan (DKBPP) dan Darjah Kebesaran Negeri (DKBPN). - Gambar fail
Penduduk Tanjung Embang dimnta tidak ghairah jual tanah
ADUN Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah meminta penduduk untuk tidak ghairah untuk menjual tanah yang ditawarkan dua kali ganda ketika ini kerana ia hanya akan menguntungkan golongan oportunis.
APMM Zon Maritim Tawau catat tangkapan tertinggi di Malaysia
APMM Zon Maritim Tawau melakukan 9,187 pemeriksaan, 108 tangkapan, kutipan kompaun rm2.5 juta, merekodkan tangkapan tertinggi di seluruh negara.
KIR miskin tegar Sabah 2024 turun 99.5 peratus berbanding 2023
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata kejayaan sabah menurunkan jumlah ketua isi rumah (KIR) miskin tegar sehingga 99.5 peratus berbanding tahun sebelumnya adalah hasil kerjasama semua pihak, termasuk agensi kerajaan negeri dan persekutuan.
Mayat remaja hilang di Tanjung Semawang ditemukan di Tanjung Pisau
Mayat remaja yang dilaporkan hilang selepas keluar menangkap udang di laut bersama beberapa rakannya Sabtu lalu akhirnya ditemui pagi tadi berdekatan dengan rumahnya, di tepi pantai Tanjung Pisau, Sandakan, kira-kira 13 batu nautika dari lokasi kejadian di Tanjung Semawang.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Hampir separuh pesakit buah pinggang kronik di Malaysia kehilangan pekerjaan
Situasi itu menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan golongan berkenaan, terutama yang bergantung kepada rawatan dialisis jangka panjang.

CAKE terima aduan sewa tapak bazar di Pendang naik sehingga 10 kali ganda
Harga sewa tapak di satu lokasi di daerah itu naik sehingga 10 kali ganda daripada harga sewa yang dikenakan sebelum ini.

Trump kata "mungkin" bertemu Putin bulan ini
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa berkata beliau "mungkin" bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin bulan ini.

Sembilan cedera dalam letupan periuk api di selatan Myanmar
Sembilan individu, termasuk kanak-kanak, cedera dalam letupan periuk api di Wilayah Tanintharyi, selatan Myanmar pada Selasa, lapor akhbar milik kerajaan, The Mirror, pada Rabu, menurut Xinhua.
ASEAN 2025 | 19 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Syafiq Kyle, Mimi Lana kini sah bergelar suami isteri
Pelakon drama bersiri Astro Originals yang menjadi fenomene, One Cent Thief, Syafiq Kyle kini selamat bergelar suami kepada aktres, Mimi Lana.

Selepas kehilangan anak, pasangan bersyukur ditawarkan rawatan IVF TAFF
Pasangan suami isteri ini tidak menyangka penderitaan mereka mendapat perhatian istimewa Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Gelagat Tun M, isteri main bola cuit hati netizen
Gelagat mesra bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencuri tumpuan netizen apabila beliau dilihat meluangkan masa beriadah bersama isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, baru-baru ini.

Jenazah suami isteri maut kemalangan di Thailand selamat dikebumikan
Lebih 200 terdiri dari ahli keluarga dan rakan Allahyarham hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

Tipu umrah: Lapan termasuk pasangan suami isteri direman tiga hari
Penahanan itu melibatkan enam lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.

Pasangan warga Myanmar didakwa abai anak hingga sebabkan kematian
Mahkamah tidak membenarkan kedua-duanya diikat jamin selain mengarahkan melantik peguam dan menetapkan 10 Feb untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Mesingan tiruan antara senjata ditemukan ketika serbuan ketum
Dua senjata api jenis mesingan tiruan antara yang dirampas pihak polis ketika melakukan serbuan di sebuah rumah yang dijadikan tempat memproses air ketum di Lintang Bayan.

Polis bongkar sindiket jual 'biskut ganja' RM50, empat termasuk tiga beranak ditahan
Polis membongkar aktiviti pengedaran 'biskut ganja' yang dijual serendah RM50 untuk satu bekas dengan penahanan empat individu termasuk tiga beranak di sekitar Lembah Klang, Selasa lalu.

Bekas suami isteri didakwa dedah, aniaya anak perempuan
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.