Dua lelaki bersenjatakan parang dan tukul melarikan tiga dulang mengandungi rantai emas bernilai kira-kira RM200,000 dalam kejadian menyamun sebuah kedai emas yang terletak di hadapan Balai Polis Selayang Baru dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian samun 10.15 pagi itu, dua suspek menerpa masuk ke dalam kedai emas berkenaan dengan bersenjatakan parang dan tukul di mana tukul itu digunakan untuk memecahkan cermin ruang pameran.
Pemilik kedai yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Su berkata ketika kejadian tiada pelanggan di dalam premis dan suaminya keluar untuk minum.
"Ketika kejadian dua penyamun itu masuk dan terus memecahkan cermin ruang pameran mengunakan tukul lalu mengambil tiga dulang mengandungi rantai emas dan terus melarikan diri menggunakan sebuah motosikal jenis Honda Ex5 yang diletakkan di lorong belakang kedai," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata kedua-dua suspek memakai helmet dan vest berwarna hijau dan oren.
Mohamad Zaki Alias, 23, yang ketika itu berada di sebelah kedai yang disamun yang juga merupakan sebuah kedai emas, berkata beliau mendengar bunyi pecah dan suara meminta tolong dari pemilik kedai yang dirompak itu.
"Saya keluar dan terus mengejar penyamun itu dan sempat bergelut tetapi gagal menahan suspek," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.
"Pemeriksaan kita di tempat kejadian telah menemui tukul yang digunakan untuk memecahkan cermin ruang pameran. Premis itu tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tetapi kami boleh memperoleh rakaman CCTV dari kedai berdekatan," katanya.
Abdul Rahim berkata individu yang berada di premis berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya ia merupakan kali pertama premis berkenaan disamun dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata.
Bernama
Mon Feb 18 2013
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
'Konon hendak beli rantai emas untuk ibu'
'Konon hendak beli rantai emas untuk ibu'
Wanita kerugian RM6,000 dipukau di klinik kesihatan
Polis meminta kerjasama orang ramai sekiranya mempunyai maklumat berkenaan suspek, untuk tampil memberi maklumat.
Wanita warga emas patah tangan akibat diragut
Suspek yang menunggang sebuah motosikal telah meragut seutas rantai emas milik mangsa dari arah belakang lalu melarikan diri.
Guru wanita kerugian RM30,000, rantai diragut
Mangsa diragut seorang penunggang motosikal ketika dia bersama anaknya berjalan ke arah kereta sebaik selesai membeli barangan di pasar raya.
Pasangan kekasih aktif ragut rantai emas diberkas polis
Suspek lelaki berusia pertengahan 30-an ditahan sebaik tiba dari Kuala Lumpur di stesen bas di Butterworth kira-kira jam 6 pagi pada 27 Februari lepas.
Peragut rantai emas diberkas
Pihak polis turut merampas pakaian, beg, sebuah telefon bimbit dan sebuah motosikal jenis Yamaha NVX warna hitam.
"InsyaAllah tak hilang"- Ini tip supaya gelang emas tak tercicir waktu Raya!
Kalau barang kemas berupa emas ini tercicir memang orang kata menangis tak berlagu!
Rantai emas diragut penunggang motosikal
Orang ramai dan pemilik video 'dashcam' yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta tampil untuk membantu siasatan.
Suspek menyamar mahu beli emas sebelum larikan rantai
Suspek memakai baju T warna merah, berseluar kelabu, bertopi hitam dan menutup bahagian muka dengan menggunakan pelitup muka.
Terperdaya iklan barang kemas murah, suri rumah rugi RM2,000
Meskipun sudah menjelaskan semua bayaran dikenakan, mangsa mula berasa curiga apabila individu tersebut masih meminta bayaran tambahan dengan memberi pelbagai alasan.