MALAYSIA
Tiga fokus utama pandu agenda Kementerian Pengangkutan tahun 2026 — Anthony Loke
Anthony Loke menegaskan bahawa gerak kerja Kementerian Pengangkutan bagi tahun 2026 akan dipandu oleh tiga fokus utama yang menjadi teras kepada agenda pembangunan negara. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan bahawa gerak kerja kementerian bagi tahun 2026 akan dipacu oleh tiga fokus utama sebagai teras pembangunan sektor pengangkutan negara.
Menurut beliau, fokus pertama ialah mempercepat agenda reformasi dengan memberi penekanan kepada pembangunan infrastruktur, pelaksanaan transformasi digital serta memperkukuh tadbir urus bagi memastikan ketirisan sifar.
“Agenda reformasi ini bukan sahaja melibatkan pembangunan fizikal, tetapi turut merangkumi pembaharuan sistem dan proses kerja agar lebih telus, cekap dan berkesan,” katanya ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026 di Putrajaya pada Rabu.
Fokus kedua pula ialah Inisiatif Berpaksikan Rakyat, yang memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh sistem pengangkutan awam, meningkatkan keselamatan, membantu mengurangkan kos sara hidup serta memperluas peluang pekerjaan.
“Kementerian akan memastikan setiap dasar dan projek benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, khususnya dalam meringankan beban kehidupan seharian,” ujarnya.
Anthony Loke turut menekankan fokus ketiga iaitu Komunikasi total, dengan menegaskan kepentingan penggunaan bahasa rakyat dalam menyampaikan dasar dan pelaksanaan kementerian.
“Kita perlu menjelaskan manfaat projek dengan cara yang mudah difahami. Komunikasi mesti sampai dan berkesan supaya usaha kebaikan yang kita bawa dapat dihargai oleh rakyat,” tambahnya.