PUTRAJAYA: Penantian tiga ibu mendapatkan dokumen kewarganegaraan bagi anak mereka yang dilahirkan di luar negara kini berakhir, apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyerahkan dokumen berkenaan di ibu pejabat agensi itu di sini, hari ini.
Adlyn Adam Teoh, seorang ibu yang telah berjuang lebih 10 tahun bagi mendapatkan dokumen berkenaan untuk anak lelakinya ketika ditemui di sini, menyuarakan rasa terharu dan amat berterima kasih kepada kerajaan yang akhirnya mengiktiraf anaknya itu sebagai rakyat Malaysia.
"Hari ini adalah hari amat bermakna untuk saya. Saya bersyukur kerana keadilan telah ditegakkan. Setakat ini, hanya tiga ibu sahaja yang telah memperoleh kerakyatan untuk anak-anak kami, bagaimana pula dengan ibu lain yang masih menunggu dan menghadapi masalah sama," katanya yang berasal dari Satok, Sarawak.
Beliau berkata meskipun telah menerima dokumen berkenaan, beliau akan menunggu panggilan JPN esok bagi memastikan perincian dokumen itu telah dimuat naik dalam sistem JPN.
Pada 29 Dis lepas, Adlyn bersama Myra Eliza Mohd Danil dan Vimala Devi Muniappan, telahpun hadir di pejabat JPN di sini untuk mendaftar permohonan bagi mendapatkan kad pengenalan warga Malaysia, MyKid atau MyKad untuk anak-anak mereka.
Ia susulan keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Dis lepas yang menolak permohonan kerajaan, dan memerintahkan kerajaan mengeluarkan dokumen kewarganegaraan kepada kanak-kanak berkenaan yang lahir di luar negara oleh ibu mereka yang merupakan rakyat Malaysia.
Myra Eliza dan Devi ketika ditemui turut melahirkan rasa teruja dan bersyukur kerana akhirnya kemelut mengenai dokumen kewarganegaraan anak mereka selesai.
"Alhamdulilah, rasa beban kurang sedikit. Saya berjuang untuk isu dokumen ini sejak anak berumur empat tahun, sekarang dah lapan tahun. Terima kasih JPN," kata Myra Eliza.
Sementara itu Presiden Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor dan Kuala Lumpur Suriani Kempe memberitahu media, ketiga-tiga ibu itu telah diberi janji temu untuk hadir ke ibu pejabat JPN pada 2.30 petang hari ini, namun pada pukul 5 petang mereka dimaklumkan sistem tergendala, dan diberikan tempoh 14 hari untuk datang semula bagi mendapatkan dokumen berkenaan.
"Namun selepas itu ada seorang pegawai JPN memaklumkan ketiga-tiga mereka akan menerima dokumen berkenaan hari ini," kata Suraini kepada pemberita yang turut menunggu sejak pukul 2 petang di ibu pejabat JPN di sini bagi mengikuti perkembangan.
Ketiga-tiga mereka menerima dokumen berkenaan pada pukul 6.20 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 21 2022
Mahkamah Rayuan pada Dis lepas menolak permohonan kerajaan, dan memerintahkan kerajaan mengeluarkan dokumen kewarganegaraan kepada kanak-kanak berkenaan yang lahir di luar negara oleh ibu mereka yang merupakan rakyat Malaysia. - Bernama
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
688 permohonan warganegara libat anak lahir di luar negara - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini menerima sebanyak 688 permohonan taraf kewarganegaraan bagi anak yang lahir di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.
PRU15: BN sedia beri kerakyatan kepada anak lahir di luar negara - Zahid Hamidi
Hak anak-anak dari perkahwinan campur atau yang berbeza identiti bangsa dan agama tidak boleh dinafikan.
Keputusan rayuan kerajaan berhubung kewarganegaraan anak lahir luar negara pada 5 Ogos
Hakim Kamaludin mencadangkan agar keputusan itu disampaikan di mahkamah terbuka dan bukannya dalam talian bagi membolehkan peguam pemerhati dan media mengikutinya.
Tiga ibu terima dokumen kewarganegaraan anak
JPN menyerahkan dokumen kewarganegaraan anak mereka di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya, hari ini.