[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
MALAYSIA

Tiga individu termasuk dua ADUN Sabah akan didakwa 30 Jun ini - Azam Baki

Astro Awani 19/06/2025 | 13:09 MYT
Tan Sri Azam Baki dan memaklumkan kesemua mereka akan didakwa di Mahkamah Rasuah Kota Kinabalu.
KUALA LUMPUR: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang ahli perniagaan akan didakwa pada 30 Jun ini berhubung skandal rasuah berkaitan lesen perlombongan mineral di negeri itu.
Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan memaklumkan kesemua mereka akan didakwa di Mahkamah Rasuah Kota Kinabalu.
"Seperti yang telah saya nyatakan semalam (Rabu), kita telah mendapat ketetapan tarikh mahkamah pada 30 Jun ini yang mana dua ADUN dan seorang ahli perniagaan akan dituduh.
"Seperti mana juga peguam kepada ahli perniagaan itu mengesahkan, anak guamnya akan dituduh pada tarikh tersebut," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Sebelum ini tular beberapa rakaman video yang didakwa perbualan berkaitan rasuah antara individu tertentu dan beberapa wakil rakyat Sabah berhubung isu perlombongan mineral di negeri itu.
#Azam Baki #SPRM #Rasuah #lesen perlombongan mineral #Sabah