RANAU: Membawa bekalan vaksin COVID-19 dengan menempuh jalan tanah merah berbatu dan bentuk muka bumi yang bergunung-ganang dan hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda serta dikelilingi persekitaran hutan tebal, bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.
Bagaimanapun, pasukan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Pejabat Kesihatan Ranau bersama Kelab Pacuan Empat Roda 4X4 Ranau nekad menempuh perjalanan mencabar sejauh lebih 40 kilometer yang mengambil masa lebih tiga jam bagi memastikan penduduk di pedalaman daerah ini tidak tercicir daripada divaksin.
Pegawai Kesihatan Daerah Ranau Dr Fionna Vincent Bizini berkata beliau bersama petugasnya bertolak seawal pukul 6 pagi bersama sembilan kenderaan pacuan empat roda, bagi menempuh perjalanan dari Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Ranau di sini menuju ke destinasi vaksinasi di Sekolah Kebangsaan Kawiyan.
"Bawa vaksin ke kawasan ini bukan mudah kerana kita terpaksa melalui laluan berbatu, tanah merah yang agak jauh menjadi satu cabaran buat petugas kesihatan dalam memberi khidmat vaksinasi...agak mencabar perjalanannya, harapnya tiada hujan turun selepas ini jika tidak, jalan jadi lagi sukar.
"Walaupun kawasan ini jauh di pedalaman namun, ia tidak mematahkan semangat kita semua untuk mengadakan Program Outreach Vaksinasi COVID-19 demi memastikan penduduk di kawasan ini juga menerima suntikan vaksin," katanya kepada Bernama
Beliau ditemui pada program vaksinasi itu semalam di Sekolah Kebangsaan Kawiyan yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunasalam yang meninjau sendiri proses pemberian vaksin di sekolah tersebut.
Ranau terletak lebih kurang 108 kilometer timur dari Kota Kinabalu serta terkenal sebagai 'rumah' kepada Gunung Kinabalu, didiami lebih 100,000 penduduk yang majoritinya daripada etnik Dusun.
Dr Fionna berkata sebanyak 150 dos vaksin habis diberikan berikutan sambutan amat menggalakkan daripada penduduk dan program itu dijadual diteruskan di kawasan pedalaman Kaingaran dan Paginatan awal bulan depan.
"Saya difahamkan lokasi program juga agak jauh dan memerlukan bantuan kelab pacuan empat roda untuk sampai ke kawasan berkenaan, walau apa pun cabaran yang mendatang kita akan tetap tempuh bagi memastikan rakyat dilindungi daripada COVID-19," katanya.
Sementara itu, penduduk Kampung Paka, Ulu Sugut, Julina Gandalau, 50, berkata dia belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin, namun bersyukur kerana kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) sanggup datang ke kawasan pedalaman untuk mengadakan program vaksinasi.
"Kalau kita mendaftar dan tunggu dipanggil memang lama. Oleh itu, saya tidak melepaskan peluang datang ke sini untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi melindungi daripada COVID-19," katanya selepas selesai menerima suntikan dos pertama.
Seorang lagi penduduk kampung itu Amirul Asanboh, 33, berkata dia hadir ke program itu selepas mendapat maklumat daripada orang ramai.
"Kalau buat program di sini sangat bagus sebab orang pedalaman senang mahu datang, kalau mahu pergi pekan (Ranau) kena ikut orang dan perlu bayar tambang.
"Tidak semua penduduk kampung mempunyai kenderaan pacuan empat roda disebabkan jalan dari kampung ini ke Pekan Ranau agak jauh dan terpaksa melalui jalan yang teruk dan memakan masa berjam-jam perjalanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 28 2021

Bertongkat tidak menghalang Jackry Lampadak, 26, dari Kampung Paka Ulu Sugut untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 pada Program Outreach Vaksinasi COVID-19 di Sekolah Kebangsaan Kawiyan semalam. - fotoBERNAMA

Noraini Idris dilantik Ketua Wanita UMNO Sabah
Noraini berkata, pelantikannya sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah datang sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar untuk dilaksanakan.

Nur Shahida mengaku sudah berkali nasihat suaminya Aliff Syukri
"Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau."

UiTM Machang guna iMistroom 2000 bantu mahasiswa hasil cendawan tiram putih
Kaedah iMistroom dan IoT ini dapat membantu mahasiswa dan komuniti setempat menjana pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup.

Liga Super: Kepulangan pemain kebangsaan legakan Gergasi Merah - Cheng Hoe
Kemenangan itu mampu menjadi tonik terbaik buat pasukan untuk tampil lebih progresif dalam saingan liga musim ini.

Ringgit dijangka diniaga secara agresif pada jajaran 4.39-4.41 minggu depan
Ringgit menokok agak tinggi berbanding dolar US berikutan petunjuk Fed yang kurang memberangsangkan telah melemahkan nilai dolar US.

Olahraga: UK Athletics larang atlet transgender bersaing dalam kategori wanita
Keputusan itu mendapat sokongan bekas Olimpian negara itu walaupun ia juga mendapat tentangan daripada beberapa kumpulan.

Melaka bentuk Kerajaan Perpaduan, libat Adun PH
Beliau memberi bayangan, pelantikan barisan Exco akan turut melibatkan ADUN blok Pakatan Harapan.

Bot karam: 11 rakyat Malaysia hanyut ke Filipina
Pihaknya menerima maklumat pada Jumaat, Kapal Dagang Tomini Dynasty menjumpai 11 warga Malaysia di Perairan Sibutu, Filipina.

Ekonomi Malaysia tumbuh sederhana pada 4.3 peratus tahun ini
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang pada kadar yang lebih sederhana sebanyak 4.3 peratus pada 2023 disokong oleh permintaan dalam negeri di tengah-tengah jangkaan kelembapan dalam permintaan luar.

3 melecur, seorang sesak nafas, rumah panjang 33 pintu terbakar
Tiga orang melecur manakala seorang lagi terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan selepas mengalami sesak nafas dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah panjang di Betong.

Tiga jam perjalanan ke pedalaman Ranau berbaloi, vaksin habis diberi penduduk
Membawa bekalan vaksin COVID-19 dengan menempuh jalan tanah merah berbatu dan bentuk muka bumi yang bergunung-ganang dan hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda serta persekitaran hutan tebal.

PM umum Pakej PEMULIH 5 petang ini
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada petang ini.

COVID-19: Vaksin dahulu, jangan risau berkenaan varian - Pakar
Walaupun terdapat varian baru dan sebagainya, tak akan kita nak tunggu vaksin baharu untuk setiap varian baru.

Vaksin COVID-19: 367,213 terima dos pertama, Selangor catat jumlah tertinggi
Selangor merekodkan jumlah seramai 45,854 individu diikuti Perak (42,227), Sabah (36,443) dan Kuala Lumpur (33,500).

Vaksin COVID-19: "Tak rasa pun, macam cucuk biasa" - Muhyiddin
"Tidak rasa pun, macam cucuk biasa," itu yang diakui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas menjadi individu pertama disuntik vaksin COVID-19 di negara ini.

PM disuntik vaksin, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula
Ia sebagai simbolik kepada pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dengan fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan.

COVID-19: Tiada halangan wanita hamil ambil vaksin
Ini kerana wanita hamil yang dijangkiti COVID-19 akan mengalami gejala yang lebih teruk sekiranya tiada perlindungan antibodi.

Malaysia bakal peroleh vaksin buatan China, Rusia
KKM hari ini menandatangani dokumen Terms Sheet dengan dua syarikat pembekal vaksin untuk perolehan 18.4 juta dos vaksin.

Vaksin COVID-19: KKM lakukan penilaian risiko susulan kematian di Norway - Dr Adham
Datuk Seri Dr Adham Baba mengeluarkan arahan itu susulan kematian 23 individu berusia 80 tahun ke atas di Norway selepas disuntik vaksin COVID-19 buatan Pfizer-BioNTech.

Menteri Luar China lawat Malaysia bermula esok
Tumpuan perbincangan adalah mengenai status vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh China selain meningkatkan kerjasama ekonomi.