SEBERANG JAYA: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) memperkenalkan tiga kadar zakat fitrah bagi tahun 1443 Hijrah.
Tiga kadar zakat fitrah untuk setiap seorang yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang ialah RM7, RM13 dan RM20.
Penetapan tiga kadar zakat tersebut bagi memberi peluang kepada umat Islam menunaikan kewajipan itu mengikut kemampuan masing-masing.
Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman memaklumkan, kadar zakat fitrah RM7 seorang ialah untuk kumpulan majoriti yang memakan beras Super Special Tempatan lima peratus dan 10 peratus beras hancur.
Kadar RM13 seorang pula bagi yang memakan beras wangi manakala kadar RM20 seorang bagi yang memakan beras berkualiti seperti Bastmathi.
"Tiga kadar zakat fitrah di tetapkan pada tahun ini bagi memberi peluang umat Islam di Pulau Pinang yang memiliki kelebihan menunaikan zakat dengan kadar yang lebih tinggi ikut kemampuan masing-masing,” katanya sambil memaklumkan pembayaran zakat pada tahun ini boleh dibuar secara bersemuka dengan amil yang dilantik, namun, terikat dengan prosedur operasi standard (SOP).
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pentauliahan Amil Zakat Fitrah 2022 dan Sidang Media Pengumuman Kadar Harga Zakat Fitrah 2022 Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, kutipan zakat fitrah di Pulau Pinang pada tahun lepas adalah sebanyak RM6.02 juta dan pihak Zakat Pulau Pinang (ZPP) menyasarkan kutipan pada tahun ini kepada RM6.5 juta.
Ahmad Zakiyuddin turut memberitahu, semua kutipan akan dilakukan oleh 1,709 amil yang dilantik MAINPP daripada 234 kariah.
Dalam masa sama, MAINPP turut memberi amaran kepada individu yang menyamar amil dan berdepan tindakan tegas jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Amran Hazali memberitahu, umat Islam di negeri itu juga boleh membayar zakat fitrah secara dalam talian seperti melalui portal zakatpenang2u.com, JomPay, aplikasi mudah alih TULUS, dan beberapa kaedah digital yang lain yang akan diumumkan kelak .
Katanya, kutipan secara dalam talian mencatatkan sedikit penurunan tiga peratus pada tahun lepas memandangkan pembayar zakat lebih selesa membayar secara fizikal.
Meskipun pembayaran secara fizikal dibenarkan namun pihaknya juga menggalakkan umat Islam menggunakan perkhidmatan dalam talian.
Beliau juga berharap masyarakat terus mematuhi SOP terkini Garis Panduan Tatacara aktiviti Keagamaan di Masjid dan Surau Seluruh negeri sepanjang fasa Peralihan Endemik COVID-19 berkuat kuasa 1 April ini.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Mar 29 2022

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) memperkenalkan tiga kadar zakat fitrah bagi tahun 1443 Hijrah, kata Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (dua dari kiri). - Gambar Astro AWANI
![[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas [LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701303061_Netanyahu.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Israel mahu Hamas bukan hanya membebaskan penduduk Israel, tetapi juga anggota tentera yang ditahan.

Gaza di ambang bencana kemanusiaan - PBB
Tegas Antonio Guterres, dunia tidak boleh berpaling daripada isu yang melanda penduduk Gaza ketika ini.

Surah al-Jumuah bentuk pemikiran positif, sangka baik
Nouman Ali Khan berkata, menerusi kajian yang dilakukan dalam surah al-Jumuah, masyarakat perlu memahaminya dalam tiga peringkat.
Bapa anak lapan dipenjara 14 tahun
Seorang bapa kepada lapan anak dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada Rabu selepas didapati bersalah menyebabkan kematian isterinya di kediaman mereka di Semporna, enam tahun lepas.
Calon BN akan ada tugas penting sekiranya menang - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan calon Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor tidak hanya menjadi ahli parlimen biasa sekiranya menang.

Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Benjamin Netanyahu tegaskan tentera Zionis akan terus memerangi Hamas sehingga ke akhirnya.
Bencana banjir, pengecualian visa pelancong asing jadi tumpuan
Isu bencana banjir yang melanda ketika ini serta pengecualian visa 30 hari antara isu jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.
Mangsa di dua negeri menurun
Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua negeri menunjukkan penurunan setakat pagi Khamis.
Kertas Putih dasar gaji progresif dibentang hari ini
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini akan membentangkan Kertas Putih cadangan dasar gaji progresif di Dewan Rakyat.

Asyraf Wajdi beri jaminan tiada MP UMNO akan berpaling tadah
Asyraf Wajdi berkata, ia mustahil dilaksanakan kerana ahli Parlimen UMNO terikat dengan perjanjian.

Zakat Melaka sasar kutipan zakat fitrah RM5.8 juta tahun ini
Jumlah pembayar zakat fitrah pada tahun lepas meningkat kepada 673,673 orang berbanding 661,703 orang pada 2021.

Kadar zakat fitrah yang wajib dibayar tahun ini
Kadar zakat fitrah adalah berdasarkan ketentuan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri.

Tiga kadar zakat fitrah ditetapkan di Negeri Sembilan
Kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan bagi tahun ini ditetapkan pada tiga kadar berbeza iaitu RM7, RM10 dan RM21.

Kadar zakat fitrah di Pahang RM7, RM14, RM21
Kadar minimum zakat fitrah di Pahang tahun ini ditetapkan RM7, namun umat Islam negeri ini digalakkan menunaikan kewajipan itu dengan menggunakan harga beras dimakan iaitu RM14 dan RM21.

Perlis tetapkan zakat fitrah RM7
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menetapkan bayaran zakat fitrah di negeri ini kekal dengan kadar RM7.

Kadar zakat fitrah di Kedah bermula RM6.50
Empat kadar bayaran zakat Fitrah ditetapkan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melibatkan penduduk di negeri itu pada tahun ini berbanding hanya tiga tahun lalu.

Kadar zakat fitrah Perak kekal tiga pilihan RM7, RM14, RM21
Kadar minima yang perlu dibayar oleh setiap individu yang berkewajipan adalah RM7.

Kadar zakat fitrah Terengganu naik, 3 kategori diperkenal
MAIDAM menetapkan kadar zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini pada tahun ini adalah RM8, RM10 dan RM24 seorang.

Kelantan tetap kadar zakat fitrah RM7
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan kadar zakat fitrah sebanyak RM7 pada tahun ini.

Kadar zakat fitrah di Sabah kekal RM7 - MUIS
Kadar berkenaan ditetapkan berasaskan sukatan satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras yang digunakan majoriti penduduk negeri itu.