MALAYSIA
Tiga kanak-kanak lemas terjatuh dalam kolam kumbahan
Mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.
SIBU: Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.03 petang berhubung kejadian itu.
Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya tiba di lokasi kejadian pada jam 4.10 petang.
"Sebaik tiba, terdapat tiga mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki, telah terjatuh ke dalam kolam kumbahan berkenaan.
“Kesemua mangsa telah dibawa naik ke tebing kolam oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa didapati tidak sedarkan diri dan sehingga jam 5 petang.
Dalam pada itu, identiti kesemua mangsa telah dikenal pasti iaitu Macx Devdynne Sharie Merdeka, 12, bersama adiknya Macx Welwait, 9 dan Daniella Arissa Tayas Ak Maringgai, 10.
"Dua daripada kanak-kanak terbabit merupakan adik-beradik dan kesemua mangsa disahkan meninggal dunia.
"Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian. - Sinar Harian