Skip to main content

Malaysia

Tiga kawasan catat IPU tidak sihat setakat 4 petang

SERIAN, 11 Ogos -- Pemandangan berjerebu dirakam di bandar Serian yang terletak kira-kira 60 kilometer dari bandaraya Kuching, hari ini.  Kualiti udara di Serian yang berdekatan dengan sempadan Malaysia-Indonesia semakin meningkat dengan indeks pencemaran udara (IPU) kian menghampiri tahap tidak sihat iaitu 190.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kawasan itu melibatkan IPD Serian yang merekodkan IPU 157, diikuti Samarahan (151). - Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Tiga kawasan di dua negeri mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang ini, dengan dua daripadanya di Sarawak.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kawasan itu melibatkan IPD Serian yang merekodkan IPU 157, diikuti Samarahan (151).

Di Selangor, Johan Setia turut merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, iaitu 124.

Sementara itu, sebanyak 65 stesen di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement